[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
MALAYSIA

Azmin ketepikan MC satu bulan, rasa 'muda' selepas hilang 10kg

Astro Awani 09/02/2019 | 12:48 MYT
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui hilang berat badan sebanyak 10 kilogram dan rasa muda lima tahun selepas keluar hospital.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui hilang berat badan sebanyak 10 kilogram dan rasa muda lima tahun selepas keluar hospital.
Beliau pada masa sama terus bersemangat untuk kembali bekerja walaupun sudah diberikan cuti sakit selama sebulan untuk berehat sehingga 1 Mac ini.
“Saya sudah sihat," katanya kepada media semasa Majlis Minum Petang Pimpinan PKR bersama Srikandi Petaling Jaya pada Sabtu.
Ini merupakan kemunculan pertama beliau di khalayak selepas menjalani pembedahan Selasa lalu.
BACA: Jawatan TPM: "Saya tidak tahu kerana masa itu saya kena bius"- Azmin
Azmin telah memasuki pejabatnya pada Jumaat iaitu dua hari selepas keluar daripada hospital untuk menyelesaikan beberapa kerja tertangguh.
Beliau dalam pada itu turut mengesahkan akan berkampung di Semenyih sebagai tanda sokongan kepada calon Pakatan Harapan yang akan bertanding pada PRK Semenyih 2 Mac ini.
"Saya akan berkampung di Semenyih kerana Semenyih berada di Selangor dan Selangor dekat di hati saya," ujarnya.
#Azmin Ali #menteri #Pakatan Harapan #Petaling Jaya #PKR #PRK Semenyih #Semenyih