awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azmin minta bantuan PM cari penyelesaian isu air Selangor

Bernama
Bernama
12/03/2015
15:24 MYT
Azmin minta bantuan PM cari penyelesaian isu air Selangor
AZMIN: Saya pasti itu adalah jalan terakhir, saya yakin kami boleh duduk dan berbincang. - Gambar Fail
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini meminta bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu menyelesaikan kemelut penstrukturan semula bekalan air di negeri itu.
Hasrat itu dinyatakan Mohamed Azmin ketika menemui Najib pada mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini, pagi tadi.
Mengulas pertemuan itu, Mohamed Azmin berkata beliau telah memaklumkan kepada Najib mengenai kesediaannya menemui Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) Datuk Seri Maximus Ongkili bagi menyelesaikan kemelut itu.
"Saya pasti itu adalah jalan terakhir, saya yakin kami boleh duduk dan berbincang. Saya sudah suarakan kebimbangan bagi pihak kerajaan Selangor kepada perdana menteri. Saya jumpa beliau (Najib) pagi tadi di mesyuarat Majlis Raja-Raja.
"Jadi, perdana menteri memberi jaminan kepada saya bahawa beliau akan berbincang dengan Menteri KETTHA (Ongkili) dan saya berharap kementerian dan kerajaan negeri dapat duduk semula minggu hadapan untuk memuktamadkan (perjanjian penstrukturan semula bekalan air)," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Pada Isnin lepas, Mohamed Azmin memaklumkan bahawa kerajaan Selangor memutuskan untuk membatalkan perjanjian penstrukturan air itu atas alasan kerajaan Persekutuan melanggar terma Perjanjian Utama yang ditandatangani pada 12 Sept tahun lepas.
Keputusan itu dikhuatiri bakal menjejaskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2), yang fasa pertamanya dijadual siap pada 2017, untuk menyediakan air bersih kepada pengguna di kawasan terlibat.
Ongkili ketika menjawab soalan Mohamed Azmin pada sidang Dewan Rakyat pada Selasa lepas dilaporkan berkata pelaksanaan penstrukturan air di Selangor tertangguh disebabkan kerajaan Selangor enggan menyelesaikan tiga daripada lapan syarat Perjanjian Utama dengan kerajaan pusat termasuk isu tanah.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#KeTTHA
#Maximus Ongkili
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan