KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta rakyat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung hantaran dibuat Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di media sosial.
Portal Sinar Harian melaporkan, Mohamed Azmin menegaskan, sebagai satu pasukan, beliau bersama jemaah menteri lain sentiasa memberi kerjasama dan sokongan dalam memastikan penularan COVID-19 dapat ditangani bersama.
"Siapa yang buat spekulasi? Jangan buat spekulasi.
"Datuk Seri Ismail Sabri antara ahli jemaah menteri yang telah diberi peranan penting dalam menangani dan menguruskan masalah COVID-19 sejak awal negara kita diserang pandemik ini.
"Kita ada dua jurucakap, pertama Ismail Sabri untuk isu keselamatan dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah untuk isu kesihatan.
"Ia berjalan dengan baik dan sebagai ahli jemaah menteri, kita memberikan dokongan yang cukup kuat kepada mereka berdua kerana mereka menggalas tanggungjawab yang besar dalam menangani dan memerangi COVID-19," katanya dalam Taklimat Media Mengenai COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hantaran dibuat Ismail yang telah menimbulkan spekulasi dan keresahan rakyat.
Respons itu sekali gus menggambarkan tiada timbul isu berlaku pertelagahan antara dua pemimpin kanan kerajaan itu.
Pada Rabu, Ismail Sabri hanya menulis "saya dah tutup pintu depan tapi...", selain disertakan dengan emoji sedih di akhir catatan berkenaan.
BACA: "Saya dah tutup pintu depan tapi..." - Kemas kini Ismail Sabri curi tumpuan warganet
Meskipun hantaran tersebut tidak merujuk kepada sesiapa atau menyebut mana-mana keadaan, ia telah mengundang spekulasi kononnya mempunyai kaitan dengan kebenaran operasi diberikan kepada sebahagian besar perkhidmatan perlu dalam sektor perkilangan, meskipun negara kini sedang dalam pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown).
Mengulas lanjut, Azmin menegaskan, sebagai satu pasukan kesemua menteri mengambil keputusan secara kolektif.
"Kami sebagai satu pasukan kita selalu mengambil keputusan secara kolektif... kita juga sentiasa ada dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mesyuarat-mesyuarat lain.
"Ini prinsip yang saya pegang dan saya juga yakin rakan jemaah menteri akan terus berikan dokongan dalam memastikan semua jemaah menteri dapat mainkan peranan secara efektif," katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: Azmin respons hantaran 'pintu depan' Ismail Sabri
Sinar Harian
Thu Jun 03 2021

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali minta rakyat tidak buat sebarang spekulasi berhubung hantaran dibuat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di media sosial. - Gambar fail
Tiga angkasawan China selamat kembali ke Bumi
Tiga angkasawan China daripada misi Shenzhou-19 selamat kembali ke Bumi pada Rabu selepas enam bulan berada di stesen angkasa Tiangong.
AS, Ukraine meterai perjanjian sumber asli
Amerika Syarikat dan Ukraine menandatangani perjanjian yang memberi akses eksklusif kepada AS untuk melabur dalam projek sumber asli utama Ukraine, menurut laporan Bloomberg.
11 himpunan kempen terakhir dijadual hari ini
Sebanyak 11 perhimpunan dijadual berlangsung pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum Singapura (PRU2025) hari ini, menjelang hari pengundian pada Sabtu nanti.
India tutup ruang udara kepada Pakistan
India menutup ruang udaranya kepada semua syarikat penerbangan Pakistan, pada Rabu.
Kebakaran hutan landa pinggir Baitulmaqdis, tiga komuniti dipindahkan
Kebakaran hutan yang marak di pinggir Baitulmaqdis pada Rabu memaksa pemindahan beberapa komuniti serta penutupan lebuh raya utama.

AS, Ukraine tandatangani perjanjian mineral
Perjanjian ini adalah langkah strategik untuk pemulihan dan pembangunan semula negara itu selepas kemusnahan akibat perang.
Kebuluran landa Gaza, dapur amal tutup akibat sekatan
Puluhan penduduk Palestin berkumpul di dapur amal di Deir al Balah dan Nuseirat, Gaza Tengah pada Rabu untuk mendapatkan satu-satunya hidangan harian mereka.
Ubat di kemudahan swasta, farmasi ditanda bermula hari ini
Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bekerjasama melaksanakan inisiatif Penandaan Harga Ubat di Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta dan Farmasi Komuniti bermula hari ini.
Lebih 43,000 notis kesalahan berkaitan produk merokok - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 43,455 notis kesalahan berkaitan kawalan produk merokok melibatkan anggaran kompaun RM10,424,350, sejak Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) berkuat kuasa pada 1 Okt 2024 hingga 20 April lepas.

Israel guna kelaparan sebagai senjata di Gaza - Turkiye
Nuh Yilmaz berkata masyarakat antarabangsa "telah gagal dengan ketara" dalam menghentikan pencerobohan Israel.

Kebakaran saluran gas Putra Heights: PN Selangor tuntut siasatan bebas
Perikatan Nasional (PN) Selangor mendesak satu siasatan bebas dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights.

PKNS jual tanah di Bukit Broga kerana tidak strategik
PKNS berkata, tanah itu tidak dikira sebagai aset strategik untuk pembangunan kerana beberapa faktor utama yang membataskan potensinya.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.

PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.

PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.

Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.

Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.

Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.