KUALA LUMPUR: Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dilakukan secara beransur-ansur supaya tidak terlalu memberi kesan ketara, khususnya kepada golongan B40.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, berdasarkan data sedia ada, satu pertiga pinjaman B40 adalah pada kadar tetap.
Sewaktu menjawab soalan Senator Aziz Ariffin di Dewan Negara, Mohd Shahar berkata, pinjaman B40 adalah pinjaman kenderaan, dan pembiayaan peribadi.
‘’Pendekatan kenaikan OPR secara beransur-ansur ini adalah sangat penting untuk mengelakkan tekanan pada masa akan datang untuk menaikkan kadar OPR secara tergesa-gesa dan pada magnitud yang besar.
‘’Mengenai kesannya terhadap rakyat, BNM berpandangan bahawa kenaikan kadar OPR secara beransur-ansur tidak akan memberi kesan yang ketara, khususnya kepada golongan B40.
‘’Ini adalah kerana satu pertiga pinjaman oleh golongan B40 adalah pada kadar tetap, kebanyakannya adalah untuk pinjaman pembelian kereta dan pembiayaan peribadi,’’ katanya.
Terdahulu, Aziz ingin mengetahui jika ada kajian lapangan kerajaan terhadap tahap kesiapsiagaan rakyat berhubung dengan penetapan kadar OPR.
Dalam pada itu, Mohd Shahar yang juga Ahli Parlimen Paya Besar berkata, terdapat pelbagai program bantuan masih tersedia untuk golongan peminjam mudah terjejas (vulnerable groups).
Katanya lagi, bantuan itu termasuk kemudahan di bawah dana BNM untuk PKS, bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar oleh bank, serta khidmat nasihat di bawah pelbagai program Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Firdaus Azil
Tue Aug 09 2022
Mohd Shahar yang juga Ahli Parlimen Paya Besar berkata, terdapat pelbagai program bantuan masih tersedia untuk golongan peminjam mudah terjejas. - Foto BERNAMA
3REN Berhad disenarai di pasaran Ace Bursa Malaysia
Syarikat penyelesaian automasi dan penyedia perkhidmatan kejuruteraan berpangkalan di Pulau Pinang, 3REN Berhad, secara rasminya disenarai dalam pasaran Ace Bursa Malaysia.
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Bandar di dunia boleh kerugian USD1 Trilion
Menjelang tahun 2050, bandar seluruh dunia boleh kerugian hampir USD1 trillion sekiranya tiada penyelesaian segera dilakukan bagi menyesuaikan perancangan dengan perubahan iklim.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Penugasan MALBATT di selatan Lubnan diteruskan - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata penghantaran pasukan ke-12 MALBATT itu merupakan persefahaman negara dengan PBB bagi penugasan di Lubnan.
[INFOGRAFIK] Mesej Utama Laporan Bandar Dunia 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Mesej Utama Laporan Bandar Dunia 2024.
AWANI Ringkas: Proses rakam percakapan Vivy, suami mungkin disambung
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UTP terus perkukuhkan kedudukan global
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) terus mengharumkan nama Malaysia di pentas global apabila diiktiraf sebagai universiti terbaik negara dan institusi swasta terunggul di Asean oleh Times Higher Education World University Rankings.
Agenda AWANI: WUF12: Pemikiran lokal, bertindak secara global
Mengapa kita perlu ada pemikiran lokal tetapi perlu bertindak secara global? Temu bual bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur sempena World Urban Forum #WUF12 yang berlangsung di Kaherah, Mesir dalam #AgendaAWANI jam 830 mlm ini.
169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan statistik itu, 162,360 penagih adalah lelaki manakala wanita pula 7,331 orang.
[EKSKLUSIF] OPR Malaysia ketika ini menyokong pertumbuhan ekonomi - Gabenor BNM
Dasar monetari kita perlu sesuai kepada dasar dan keadaan domestik kita dan bukan apa yang berlaku di luar negara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US
Ringgit menurun berbanding dolar US ketika ditutup hari ini menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), Jerome Powell esok di Simposium Jackson Hole.
Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasa iaitu 3.00 peratus.
Keputusan BNM kekalkan OPR bantu kawal kos - FMM
Ia memberi manfaat kepada sektor pembuatan dan industri lain berikutan langkah itu membantu mengawal kos.
OPR kekal 3 peratus - BNM
Pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi.
BNM dijangka kekalkan OPR pada paras semasa - Juwai IQI
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) yang tidak berubah pada 3.0 peratus dalam Pernyataan Dasar Monetari keenam dan terakhir untuk 2023 pada Khamis.
Pasaran hartanah kekal kukuh walaupun OPR naik - Rehda Malaysia
Datuk NK Tong berpendapat, orang ramai menyedari hartanah adalah cara terbaik bagi melindungi mereka daripada inflasi.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus bagi baki tempoh tahun ini - BMI
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mencapai akhir kitaran kenaikan kadarnya dan akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus bagi baki tempoh tahun ini, menurut BMI.
Maybank naik kadar sehingga 25 mata asas mulai 8 Mei
Maybank akan menyemak semula kenaikan kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 8 Mei ini.
BNM dijangka kekalkan OPR 2.75 peratus pada mesyuarat MPC Mei ini - Penganalisis
Bank Negara dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan datang.