'Babah dan keluarga takkan lupakan Lil sepanjang hayat kami' - Sultan Johor

Madiha Abdullah
Disember 17, 2015 04:13 MYT
Baginda turut berterima kasih di atas ucapan takziah dan penghormatan yang diberikan oleh banyak pihak. Foto/Facebook Sultan Johor
Selepas 12 hari putera kesayangan rakyat, Tunku Abdul Jalil dipanggil mengadap Illahi, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meluahkan kerinduan buat anakandanya itu.
Luahan itu dibuat Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook rasminya.
Kata baginda, kehilangan seorang anak adalah satu kenyataan yang sangat memeritkan untuk dihadapi seorang bapa, namun mengakui menyimpan terlalu banyak memori indah bersama Almarhum.
BACA: 'Kepada adikku yang dikasihi ... inilah malam yang paling sukar untuk saya' - TMJ
BACA: 6 sebab kenapa Almarhum Tunku Abdul Jalil disegani ramai
Pada masa yang sama, baginda berterima kasih di atas ucapan takziah dan penghormatan yang diberikan oleh banyak pihak termasuklah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, orang-orang kenamaan dan rakyat.

It has been 12 days since my son, Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor, left us.My family and I would like...

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on
Ia sedikit sebanyak membantu baginda sekeluarga menghadapi pemergian Tunku Jalil yang mesra dipanggil Lil dengan tenang.
Baginda turut mengenang Tunku Jalil sebagai seorang yang rendah diri, baik hati dan penyayang. Malah baginda turut berbangga dengan kekuatan yang dimiliki Almarhum dalam melawan penyakitnya.
GALERI FOTO: Tunku Abdul Jalil, damailah Almarhum di sana
GALERI FOTO: Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dalam kenangan
Turut diluahkan Sultan Ibrahim adalah harapan baginda terhadap Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor yang diasaskan Almarhum, akan dapat terus membantu mereka yang menderita penyakit kanser.
Tunku Jalil, yang merupakan Tunku Laksamana Johor, mangkat pada 5 Disember 2015 yang lalu akibat kanser hati.
#Johor #Sultan Ibrahim Sultan Iskandar #Tunku Jalil