awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badan kebajikan pekerja minta tambah baik undang-undang dan hak pekerja

Bernama
Bernama
30/04/2023
21:00 MYT
Badan kebajikan pekerja minta tambah baik undang-undang dan hak pekerja
Badan sosial dan kebajikan tenaga pekerja meminta kerajaan supaya melaksanakan penambahbaikan perundangan buruh di negara ini selepas pandemik COVID-19. - Gambar hiasan/REUTERS
KUALA LUMPUR: Badan sosial dan kebajikan tenaga pekerja meminta kerajaan supaya melaksanakan penambahbaikan perundangan buruh di negara ini selepas pandemik COVID-19.
Penasihat Buruh Antarabangsa Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), Callistus Antony D'Angelus, berkata apa yang perlu dilakukan dengan segera ialah pengenalan undang-undang yang akan menyediakan perlindungan sosial yang lebih berkesan dan holistik untuk rakyat.
"Ini termasuk insurans dan faedah pengangguran, perlindungan dan hak kesatuan sekerja yang lebih besar dan undang-undang yang lebih ketat yang mengawal pemberhentian pekerjaan.
"Mesti ada akibat serius bagi pengurusan kanan dan pengarah syarikat yang melanggar undang-undang buruh negara," katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Ahad, sempena sambutan Hari Pekerja.
Sementara itu, Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, dalam kenyataan berasingan, meminta kerajaan untuk mengadakan dialog dengan semua pemegang taruh untuk menyemak dasar dan undang-undang perburuhan agar lebih sesuai dengan keperluan semasa selepas pandemik COVID-19.
"Negara memerlukan satu dasar perburuhan yang dapat memenuhi keperluan dan cabaran era pasca-COVID-19," katanya sambil menambah kerajaan perlu mencari jalan menangani masalah kos sara hidup berikutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Pekerja
#undang-undang
#hak pekerja
#Callistus Antony D'Angelus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan