awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badan Peguam diarah bayar RM340,000 kepada Muhammad Shafee

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2025
05:35 MYT
Badan Peguam diarah bayar RM340,000 kepada Muhammad Shafee
Mahkamah Persekutuan sebelum ini memutuskan Muhammad Shafee berhak mendapat ganti rugi dan mengembalikan kes ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan Badan Peguam membayar ganti rugi sebanyak RM340,000 kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung tuntutan saman fitnah yang dikemukakan peguam berkenaan berkaitan dakwaan melanggar tanggungjawab statutori.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Tinggi mengarahkan Badan Peguam membayar RM340,000 kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah atas tuntutan saman fitnah.
  • Ganti rugi termasuk RM200,000 untuk kerosakan reputasi, RM100,000 untuk kehilangan peluang profesional, dan RM40,000 untuk tekanan mental dan ganti rugi teruk.
  • Mahkamah Persekutuan memutuskan Muhammad Shafee berhak mendapat ganti rugi dan mengembalikan kes ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Ahmad Shahril Mohd Salleh memerintahkan Badan Peguam membayar ganti rugi RM200,000 bagi kerosakan reputasi, RM100,000 (kehilangan peluang profesional), RM20,000 (tekanan mental dan kesihatan) dan RM20,000 (ganti rugi teruk).
Ahmad Shahrilmemutuskan demikian selepas mendapati badan berkenaan sebagai defendan telah menyalahi undang-undang dengan membenarkan dan menerbitkan usul mengutuk peguam berkenaan selaku plaintif, sebelum merujuk kepada Lembaga Tatatertib, pada 10 tahun lalu.
Pada Mac 2015, Muhammad Shafee telah menyaman Badan Peguam, bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri VC George.
Muhammad Shafee mendakwa Tommy telah menerbit dan mengemukakan usul pada 28 Februari 2015 untuk dibahaskan dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) Badan Peguam ke-69 pada 14 Mac tahun sama dan usul itu telah disokong oleh George.
Usul itu berkaitan kelakuan Muhammad Shafee sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam rayuan kes liwat II, di Mahkamah Persekutuan yang mendakwa peguam itu telah melanggar peraturan profesion perundangan yang melarangnya mengiklankan diri.
Usul itu juga mendakwa Muhammad Shafee telah mengambil bahagian dalam jerayawara di seluruh negara dengan tujuan menghina seorang lelaki yang telah disabitkan kesalahan.
Pada 26 Mei 2016, Mahkamah Tinggi menolak saman Muhammad Shafee dan peguam itu juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 11 Oktober 2018 yang menyebabkan beliau membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.
Pada 20 Oktober 2021, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Muhammad Shafee dan memutuskan bahawa beliau berhak mendapat ganti rugi daripada Badan Peguam serta memerintahkan agar kes itu dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
#gantu rugi
#terkini
#Muhammad Shafee Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan