awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2026
10:40 MYT
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
Alpha menyifatkan pelantikan sebagai duta kempen menjadi pengiktirafan terhadap usaha dan perjalanan seni mereka sejak mula bertapak dalam industri.
KUALA TERENGGANU: Kumpulan vokal lelaki Alpha meluahkan rasa bangga apabila diberi kepercayaan menjadi antara duta bagi kempen 'Assalamualaikum Terengganu', meskipun mereka masih baharu dalam industri hiburan tanah air.

Ringkasan AI
  • Kumpulan vokal lelaki Alpha menjadi duta bagi kempen 'Assalamualaikum Terengganu', menandakan pencapaian penting dalam industri hiburan tempatan.
  • Mereka akan berikan persembahan nyanyian dan terlibat dengan peminat di Terengganu, memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat.
  • Alpha merancang untuk tampil lebih aktif menjelang Ramadan dan Syawal, dengan penglibatan dalam iklan televisyen dan pelbagai kandungan lain untuk penonton.

Peluang tersebut disifatkan sebagai satu pencapaian bermakna buat kumpulan berkenaan dalam mengukuhkan nama mereka di pentas arus perdana.
Ahli kumpulan, Ariel berkata, pelantikan Alpha sebagai duta kempen menjadi pengiktirafan terhadap usaha dan perjalanan seni mereka sejak mula bertapak dalam industri.
Beliau menyifatkan penglibatan dalam kempen berteraskan komuniti dan kerohanian itu sebagai satu pengalaman yang amat membanggakan.
Astro perkasa kebersamaan menerusi Assalamualaikum Terengganu
Sementara itu, Rayd memaklumkan bahawa Alpha bukan sahaja akan membuat persembahan nyanyian, malah turut meluangkan masa bersama peminat sepanjang berada di Terengganu.
Kesempatan tersebut turut dimanfaatkan untuk menikmati keindahan negeri Pantai Timur itu sambil mendekati masyarakat setempat dalam suasana yang santai dan bermakna.
Dalam pada itu, Rizal berkongsi perancangan Alpha yang bakal tampil lebih aktif menjelang Ramadan dan Syawal.
Antara yang dirancang termasuk penglibatan dalam iklan televisyen, telemovie serta pelbagai kandungan lain yang bakal diperkenalkan kepada penonton.
Orang ramai, khususnya warga Pantai Timur, dijemput hadir memeriahkan program ‘Assalamualaikum Terengganu’ yang berlangsung sehingga malam ini di Masjid Seberang Takir, sekali gus menjadi platform kebersamaan antara artis dan komuniti setempat sempena menyambut Ramadan.
Kandungan Ramadan, termasuk rakaman istimewa Tazkirah Malam Jumaat x MeleTOP Moreh menerusi program ‘Assalamualaikum’, boleh distrim secara eksklusif di Astro One dan sooka.
Topic Berkaitan
#Assalamualaikum Terengganu
#Astro
#Alpha
#Ramadan 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan