KUALA LUMPUR: Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 tetap mendapat sambutan dengan kehadiran nama besar dalam kelompok 10 terbaik dunia walaupun tempoh kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 akan berakhir 28 April ini.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata kejohanan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 21 hingga 26 Mei itu, akan dihangatkan dengan penyertaan pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen dari Denmark, pemain ketiga dunia dari Indonesia Anthony Sinisuka Ginting dan juara dunia 2023 Kunlavut Vitidsarn dari Thailand (keenam).
Beliau berkata kejohanan itu dilihat sebagai medan untuk pemanas badan sebelum Olimpik dan bagi menentukan kedudukan pilihan kejohanan (seeding) pada temasya itu.
Katanya perseorangan profesional negara Lee Zii Jia yang turun sebagai pilihan kelapan kejohanan akan mengetuai cabaran 21 pemain negara yang mengambil bahagian dalam kelima-lima acara iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.
"Tahun lepas kita ada dua finalis, kita ada Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Pearly Tan-M. Thinaah jadi kita harap tahun ini para pemain akan bangkit dan memenuhi jangkaan peminat," katanya selepas sidang media kejohanan itu di sini hari ini.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA Datuk Seri Zainal Abidin mengakui kerjasama penganjuran bersama badan induk itu yang memasuki tahun keenam sentiasa ditambah baik setiap tahun bagi memenuhi kehendak serta keperluan semasa.
Zainal turut melahirkan harapan agar pemain negara mampu menggenggam kejuaraan pada kejohanan itu yang dianjurkan di ibu negara dan dihadiri peminat tanah air.
Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh memaklumkan penjualan tiket kejohanan bermula 8 April lepas dan mendapat sambutan menggalakkan terutamanya tiket tawaran awal(early bird)
"Kami harap lebih banyak peminat akan datang dan dapatkan tiket. Dan saya rasa hari ini hari terakhir untuk pembeli awal. Jadi kalau mahukan tiket murah, sila dapatkan hari ini...Kami sangat berharap lebih ramai peminat akan datang dan menyokong kejohanan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria ketika sidang media Kejohanan Perodua Malaysia Master 2024 di Petronas Akedemi Malaysia hari ini. - Foto Bernama
Kerosakan infrastruktur telekomunikasi: Syarikat pemaju didenda RM60,000
Syarikat Monarch Lodge Development didenda RM60,000 kerana didapati merosakkan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia Bhd (TM).
[INFOGRAFIK] Statistik Guna Tenaga 2024
Berikut adalah info nerkenaan dengan Statistik Guna Tenaga bagi tahun 2024.
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
Kementerian Komunikasi utamakan artis veteran dalam penganjuran majlis, program - Fahmi
Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan.
Siti Nurul Masyitah terlepas peluang ke kejohanan dunia
Timbalan Menteri Belia & Sukan, Adam Adli memaklumkan atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah yang dilanggar pemandu mabuk, terlepas peluang ke Kejohanan Dunia Perahu Naga di Filipina November depan.
Pantau Belanjawan: Akta - Kepentingan pembeli, pemaju dan pemilik tanah dilindungi?
Akta Pembangunan Hartanah bagi Semenanjung Malaysia dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. Apakah realiti sektor hartanah di Malaysia dan bagaimana pelaksanaan Akta ini dapat melindungi kepentingan pembeli, pemaju dan pemilik tanah? Kupasan lanjut bersama Pengasas Pejuang Hartanah, Ahyat Ishak.
Representasi 'Inspektor Sheila" batal pertuduhan sebabkan kegusaran awam ditolak
Representasi dikemukakan 'Inspektor Sheila' bagi membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran awam ditolak pihak pendakwaan.
Laporan KRI: Purata gaji rakyat Malaysia hanya naik RM56 setahun antara 2010-2019
Pasaran buruh Malaysia menunjukkan corak struktur pertumbuhan gaji jelas ditindas tanpa campur tangan dasar yang kukuh.
AWANI Ringkas: Pesawat Garuda mendarat cemas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
China mempunyai kapal perang direka khusus angkut dron
Rekod negara pertama yang mempunyai kapal yang direka khusus untuk dron dipegang oleh China.
Badminton Masters Malaysia tetap dapat sambutan pemain terbaik dunia - BAM
Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 tetap mendapat sambutan dengan kehadiran nama besar dalam kelompok 10 terbaik dunia.