KUALA LUMPUR: Jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen, memberi skala markah 7/10 kepada anak buahnya Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berhubung persembahan keseluruhan mereka pada Terbuka Malaysia 2024.
Bin Shen mengakui Aaron-Wooi Yik masih lagi melakukan beberapa kesalahan kecil dalam corak permainan yang sedikit sebanyak mengundang padah kepada mereka sehingga disingkirkan di peringkat suku akhir oleh juara dunia Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan 21-16, 18-21, 13-21, malam tadi.
Mengulas lanjut mengenai perlawanan semalam, jurulatih berusia 39 tahun percaya pasangan negara yang turun selaku pilihan ketiga itu mampu bermain lebih baik daripada apa dipamerkan sebelum ini namun kesilapan di set penentuan menjejaskan peluang mereka untuk mara ke separuh akhir.
"Masa paling penting 11-10 (ketinggalan di set ketiga) itu sangat penting, kerana sebaik sahaja (mereka) lakukan kesilapan kecil, ia akan menyebabkan lawan semakin yakin," katanya kepada pemberita selepas perlawanan, semalam.
Kekalahan dialami juara dunia 2022 menyaksikan Malaysia terus kempunan untuk mendakap kejuaraan di laman sendiri selepas legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei muncul pemain tempatan terakhir memenanginya pada edisi 2018.
Pasangan profesional Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut tumbang di peringkat sama semalam di tangan juara edisi 2022 Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, 15-21, 9-21 dalam masa 34 minit.
Ditanya sama ada pencapaian mara sekurang-kurangnya ke suku akhir sudah cukup buat Aaron-Wooi Yik mengukuhkan kedudukan mereka dalam kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Paris, bekas pemain negara itu sebaliknya optimis pemenang gangsa Tokyo 2020 itu berpeluang cerah ke temasya sukan besar dunia tersebut.
Berdasarkan ranking Race to Paris, Aaron-Wooi Yik kini muncul pasangan negara yang menghuni kedudukan teratas menerusi tempat keempat dengan 83, 854 mata.
Sebuah negara hanya boleh mempunyai maksimum dua wakil dalam setiap kategori dalam Sukan Olimpik jika kedua-duanya berada di kedudukan lapan teratas.
Kelayakan Race to Paris yang bermula Mei lepas dijadual berakhir 28 April ini.
Sukan Olimpik 2024 dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky mengambil tanggungjawab serta memohon maaf terhadap kegagalan pemain negara pada Terbuka Malaysia 2024.
Biarpun memahami kekecewaan dialami peminat serta penaja BAM, Rexy berkata mereka tekad berusaha lebih baik lagi dengan memberi motivasi kepada para pemain khususnya dalam memperbaiki kesilapan yang ada pada dua kejohanan terdekat iaitu Terbuka India dari 11-14 Jan ini serta Masters Indonesia dari 23-28 Jan.
"Saya harapkan pemain-pemain lakukan bersungguh-sungguh untuk setiap kejohanan yang akan mereka ikuti, cabar diri anda dan sentiasa bisikkan bahawa anda boleh melakukannya dan berjuanglah dengan hati singa, kerana setiap langkah bukanlah cara mudah untuk meraih impian anda kerana setiap pemain di seluruh dunia mempunyai impian yang sama seperti anda. Moga tuhan merestui," katanya pada laman Instagram hari ini.
Aaron-Wooi Yik muncul satu-satunya wakil di bawah naungan BAM yang mara ke suku akhir manakala pemain lain termasuk beregu wanita utama, Pearly Tan-M. Thinaah serta beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menempuh episod mendukacitakan selepas 'bungkus awal' pada kejohanan bertaraf Super 1000 tersebut.
Nasib pula tidak menyebelahi pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong, yang terpaksa menarik diri selepas ketinggalan 8-12 pada set pertama kepada pemain Jepun, Koki Watanabe, susulan kecederaan belakang dialami ketika mahu melakukan pukulan smash, pada pusingan pertama, Rabu lepas,
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024
Bin Shen mengakui Aaron-Wooi Yik masih lagi melakukan beberapa kesalahan kecil dalam corak permainan yang sedikit sebanyak mengundang padah kepada mereka. - Foto Bernama
Mahmud tarik diri jadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan
Keputusan tidak mewakili kedua ibu bapa Zayn Rayyan dibuat di atas faktor-faktor tertentu.
Kembangkan perniagaan, Jakel komited labur RM1 bilion tahun ini dan banyak lagi tahun depan
Menurut Muhammad Ashraf, infrastruktur digital adalah komponen utama dalam strategi kepelbagaian kumpulan Jakel sekarang.
Ciri Recall pada Windows dikatakan mempunyai risiko sekuriti serius
Katanya, maklumat yang dikesan pada tangkapan layar oleh Recall disimpan di komputer dalam bentuk pangkalan data SQLite yang tidak disulitkan.
Dua cedera, van bawa 12 individu langgar lori simen
Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan susulan.
ISWC 2024: The Road to Meaningful Retirement
Join us as we sit down with Balqais Yusoff, the Head of Department, Policy & Strategy at EPF, to discuss the future of retirement planning. Discover the strategies and insights on achieving a fulfilling retirement in the era of wearable technology.
AWANI Ringkas: Taktik terbaharu 'scammer' dapatkan butiran kewangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Muhammad Haqimi sedia galas tugas penggempur utama
Pemain berusia 21 tahun itu mahu terus membalas kepercayaan diberikan selepas aksi cukup positif bersama Pan Gon.
Perubahan iklim punca tragedi banjir terburuk landa Brazil
Lebih 170 orang terbunuh dan hampir 580,000 kehilangan tempat tinggal selepas ribut dan banjir melanda Rio Grande do Sul bulan lalu.
AWANI Pagi: Boost - Pembiayaan Bertanggungjawab
Beyond Card, kad pra-bayar global pertama di Malaysia menawarkan kemudahan PayLater telah dilancarkan oleh Boost dengan kerjasama CelcomDigi dan Mastercard.
Jom ketahui keistimewaan Beyond Card oleh Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Diana Boo menerusi #AWANIPagi pada 8.30 pagi Selasa ini, selain merebut pulangan tunai sehingga RM8 bagi pengguna baharu dengan menggunakan kod 'BEYONDAWANI'!
Jom ketahui keistimewaan Beyond Card oleh Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Diana Boo menerusi #AWANIPagi pada 8.30 pagi Selasa ini, selain merebut pulangan tunai sehingga RM8 bagi pengguna baharu dengan menggunakan kod 'BEYONDAWANI'!
AWANI Pagi: Nasi Lemak ‘Meletop’ Di Shanghai
Fahami budaya badminton Malaysia terlebih dahulu
Penetapan kriteria itu perlu merangkumi kemampuan individu terbabit untuk mengenali budaya sukan badminton di Malaysia.