awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton Terbuka Taiwan: Tiga pasangan beregu Malaysia layak ke separuh akhir

Bernama
Bernama
23/06/2023
15:53 MYT
Badminton Terbuka Taiwan: Tiga pasangan beregu Malaysia layak ke separuh akhir
Malaysia sudah pasti akan mempunyai wakil pada perlawanan akhir selepas kedua-dua pasangan negara itu, akan berhadapan antara satu sama lain di separuh akhir pada kejohanan yang berlangsung di Arena Tian-Mu, Taiwan. - Gambar Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Tiga pasangan badminton Malaysia termasuk dua pasangan lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, layak ke separuh akhir Terbuka Taiwan 2023, hari ini.
Apa yang lebih menarik, Malaysia sudah pasti akan mempunyai wakil pada perlawanan akhir selepas kedua-dua pasangan negara itu, akan berhadapan antara satu sama lain di separuh akhir pada kejohanan yang berlangsung di Arena Tian-Mu, Taiwan.
Pada perlawanan suku akhir hari ini, selaku pasangan pilihan pertama kejohanan Yew Sin-Ee Yi, berjaya mengetepikan cabaran pasangan tuan rumah Lee Fang-Chih- Lee Fang-Jen, 15-21, 21-19, 21-17.
Pasangan Wei Chong-Kai Wun, yang juga naib juara Masters Malaysia 2023 pula mengambil masa 32 minit untuk mengejutkan satu lagi pasangan tuan rumah, yang juga pasangan pilihan keempat kejohanan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan, 21-19, 21-19.
Sementara itu pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga layak ke separuh akhir selepas mengalahkan pasangan tuan rumah Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang, 21-15, 21-14.
Pasangan pilihan keempat kejohanan itu, akan berhadapan satu lagi pasangan tuan rumah Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin yang mengalahkan satu lagi pasangan negara Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing, 21-18, 21-14.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beregu campuran negara
#badminton
#perlawanan akhir
#pilihan keempat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan