KUALA LUMPUR: Bermula dengan minat menghasilkan kraf belon pelbagai bentuk yang dipelajari menerusi video tutorial di YouTube, hobi tersebut akhirnya membawa remaja ini ke dalam bidang penghibur jalanan badut seawal usia 11 tahun pada 2019.
Muhammad Rafiuddin Naufal Mohd Nazron, 14, kemudiannya mengembangkan bakat itu dengan menyertai kelas kemahiran dan latihan secara formal yang dikendali penghibur jalanan lebih senior bagi mengasah kemahiran tersebut.
"Menerusi kelas itu saya dapat mengenali lebih ramai badut berpengalaman dan kemudian dapat menyertai Persatuan Seniman Badut Malaysia yang memberi laluan lebih mudah untuk mendapat tawaran persembahan," katanya kepada Bernama.
Sering ditemani bapanya Mohd Nazron Wahih, 44, setiap kali melakukan persembahan, badut remaja yang selesa dipanggil Opal De Clown ini juga tidak kekok bergerak sebaris dengan badut lebih senior dan jauh jarak usia bagi menghiburkan orang ramai terutama kanak-kanak.
Ketika remaja seusianya yang lain meminati muzik dan permainan, Muhammad Rafiuddin Naufal pula selesa dengan aktiviti yang lebih sinonim dengan minat kanak-kanak dan menjadi kepuasan baginya apabila berjaya mengukir senyuman orang ramai.
"Penat lelah berbaloi bila melihat orang tersenyum melihat aksi saya. Apabila mereka gembira saya juga gembira.
"Antara kenangan manis yang tak dapat dilupakan adalah ketika menghiburkan penonton OKU (orang kurang upaya) di sebuah kedai makan, mereka sanggup tunggu dan cari saya semula selepas persembahan berakhir untuk bergambar kerana terlalu teruja," katanya.
Bagaimanapun, bukan semua audiens menyukai karakter tersebut malah ada yang lari kerana merasakan penghibur berkenaan merupakan sesuatu yang menakutkan.
"Ada yang sampai menangis tetapi situasi itu tidak berlarutan, saya akan cuba mengatasinya dengan pelbagai aksi jenaka dan menari, dan selalunya bila diberi belon mereka akan terus bertukar suka dan teruja," katanya yang dulunya berpersonaliti pendiam.
Masih menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, anak sulung tiga beradik itu sering membuat persembahan jalanan pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah agar tidak mengganggu pelajaran.
Muhammad Rafiuddin Naufal berkata selain membuat persembahan secara rawak dan menyertai acara seperti karnival, beliau juga sering menerima jemputan untuk menyerikan majlis hari lahir, perkahwinan, konvokesyen selain permintaan untuk membuat kejutan untuk orang tersayang.
Katanya, beliau akan menghabiskan masa sekitar empat jam sehari tiga kali seminggu bagi melaksanakan aktiviti tersebut dan mampu menjana pendapatan sampingan lebih empat angka sebulan.
Ditanya perancangan masa depan, anak jati Selangor itu berhasrat menjadi guru pendidikan seni memandangkan bidang tersebut berada dekat di hati selain minat untuk bergelar pendidik.
"Tapi saya akan teruskan juga membuat persembahan sebagai badut bagi menghiburkan orang ramai kalau tidak secara sepenuh masa, secara separuh masa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 11 2022
Muhammad Rafiuddin Naufal selesa dengan aktiviti yang lebih sinonim dengan minat kanak-kanak dan menjadi kepuasan baginya apabila berjaya mengukir senyuman orang ramai. - Foto Facebook/Opal De' Clown
Penganggur didakwa edar heroin 9.2 kilogram
Seorang lelaki, A. Nathan, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mengedar 9.2 kilogram.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
[TERKINI] KDNK berkembang 4.2% pada suku pertama 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, prestasi ini didorong oleh aktiviti permintaan domestik yang menggalakkan dan disokong oleh keadaan pasaran buruh yang lebih baik.
Google Photos kelak boleh sembunyi meme, gif
Google menguji kemampuan menyembunyikan meme dan GIF yang telah disandarkan agar laman utama Google Photos lebih kemas.
Waspada guna AI untuk jenayah - Pakar
Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bukan sahaja boleh memudahkan tugasan harian.
Namun Pemangku Ketua Pegawai Teknologi, CyberSecurity Malaysia, Ts. Mohd Zabri Adil Talib berpendapat jika digunakan dengan tidak bertanggungjawab, ia boleh disalahgunakan untuk tujuan jenayah.
Namun Pemangku Ketua Pegawai Teknologi, CyberSecurity Malaysia, Ts. Mohd Zabri Adil Talib berpendapat jika digunakan dengan tidak bertanggungjawab, ia boleh disalahgunakan untuk tujuan jenayah.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Suspek ahli Jemaah Islamiyah, serangan telah dirancang - KPN
Suspek yang berusia 34 tahun itu sememangnya membuat persediaan untuk melakukan serangan yang mengorbankan dua anggota polis itu.
KDNK Malaysia berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi malaysia pada suku pertama 2024 tumbuh pada kadar 4.2 peratus, walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu.
[TERKINI] Serangan balai polis: Tidak logik buat laporan 2 pagi - IGP
Sebelum kejadian tembak-menembak di Balai Polis Ulu Tiram berlaku.
Anggota balai pada jam 2:30 pagi dipercayai sedang menerima aduan di kaunter oleh dua suspek lelaki dan perempuan berumur 21 dan 22 tahun, atas sebuah kes dua tahun lepas.
Anggota balai pada jam 2:30 pagi dipercayai sedang menerima aduan di kaunter oleh dua suspek lelaki dan perempuan berumur 21 dan 22 tahun, atas sebuah kes dua tahun lepas.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan pelabur menunggu pengumuman mengenai prestasi KDNK suku pertama 2024.
[TERKINI] Serangan balai polis: Polis sahkan suspek ahli Jemaah Islamiyah
Polis sahkan suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Selepas pawagam, kini sarkas pula dipersembahkan secara pandu masuk
Pengunjung yang hadir amat berpuas hati dengan persembahan dan garis panduan yang ditetapkan pihak sarkas.
Badut ketawa menghilai ketika bunuh wanita depan tiga anak
Mangsa memutuskan hubungan mereka beberapa hari sebelum kejadian kerana anak kepada wanita bekenaan tidak gemarkan badut itu.