NAMA gadis Putri Ariani menjadi perbincangan dunia selepas mendapatkan Golden Buzzer daripada salah seorang juri program realiti America's Got Talent 2023, Simon Cowell baru-baru ini.
Ada beberapa hal yang menjadikan kisah Putri Ariani mendapatkan Golden Buzzer tersebut viral.
Pertamanya kerana Golden Buzzer yang disifatkan ‘tiket emas’ serta paling sukar didapatkan peserta program tersebut diberikan oleh Cowell; seorang juri yang diketahui sangat sukar bersetuju dengan persembahan peserta apalagi menekan ‘butang’ tersebut.
Cowell menyebut Putri Ariani adalah antara peserta terbaik yang pernah terlibat dalam America's Got Talent (AGT).
Kedua kerana fizikal Putri Ariani yang cacat penglihatan atau buta. Gadis kelahiran Indonesia berusia 17 tahun itu mendapat Golden Buzzer selepas mendendangkan lagu ciptaannya sendiri sebelum diminta Cowell menghiburkan tetamu dengan sebuah hit balada, Sorry Seems to Be the Hardest Word.
Ariani mengaku dirinya masih terasa seperti bermimpi selepas mendapat Golden Buzzer daripada Cowell.
“Perasaannya tidak dapat didefinisikan pakai kata-kata. Sampai sekarang juga masih merasa seperti mimpi," kata Putri kepada CNN Indonesia TV.
Tambah Ariani lagi: “Tapi yang jelas Putri sangat bersyukur, sangat bahagia, dan yang pasti bangga. Tidak sangka apresiasi dari masyarakat Indonesia dan dunia itu sangat luar biasa.”
Sementara itu, video persembahan Putri Ariani yang telah ditonton mencecah 14 juta tonton dalam tempoh dua hari dan masih berada di tangga pertama di kategori trending YouTube.
Gempak
Sun Jun 11 2023
Putri Ariani, kelahiran Indonesia, 17 tahun, yang cacat penglihatan, mendapat Golden Buzzer selepas mendendangkan lagu ciptaannya sendiri dalam America's Got Talent baru-baru ini. - Foto Gempak
Simpanan Tabung Haji habis, rumah tak nampak bayang
Dia membeli rumah berharga lebih RM400,000 pada tahun 2016 itu kerana ingin memiliki sebuah kediaman lebih selesa untuk keluarganya.
Gitar milik John Lennon dilelong pada harga RM13.61 juta
Julien's Auctions berkata, jumlah itu merupakan jualan tertinggi dalam sejarah lelongan barangan kumpulan Beatles.
Tewas buat kali pertama, namun 'semangat berani' Jojo raih perhatian ramai
Jojo terpaksa akur dengan keputusan pengadil yang memilih Nguyen sebagai pemenang perlawanan tersebut.
Bapa tidak beri duit belanja, ibu ugut bunuh anak
Dalam rakaman itu memperlihatkan dia memukul anaknya bahkan mengancam mahu membunuhnya menggunakan sebilah pisau dapur.
HTN 2024: TVET MADANI sebagai laluan kerjaya utama
Kementerian Sumber Manusia ingin menghasilkan graduan yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara secara holistik dan mampan.
DJI hantar kargo di Gunung Everest guna dron
Dron DJI FlyCart 30 (FC30) berjaya membawa kargo dalam bentuk tong oksigen, beg sandang dan bekalan makanan sehingga 15 kilogram.
Kerajaan kuat kuasa Perintah Perihal Dagangan 2023 mulai 4 Jun
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menguatkuasakan Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Kuantiti Bagi Barang-Barang Tersedia Bungkus) 2023 bermula 4 Jun lepas di bawah Akta
TikTok Shop bolehkan pembeli pulang barangan yang dibeli kerana 'ubah fikiran'
TikTok Shop turut menyatakan akan melindungi penjual, dan akan menghalang pengguna atau pelanggan yang menyalahguna ciri baharu ini.
Lelaki diserang sawan langgar tiang hospital
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu kereta jenis Proton Saga 1.3 mengalami sawan.
AWANI Pagi: Hari TVET Negara 2024
Bersempena dengan sambutan Hari TVET Negara 2024, ikuti siaran luar #AWANIPagi jam 8:30 pagi bersama Datuk Norison Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar, Kementerian Sumber Manusia.
TVET Pilihan Utama Kerjaya #TVET2024
TVET Pilihan Utama Kerjaya #TVET2024
Gadis buta ini peroleh 'Golden Buzzer', tawan hati juri America's Got Talent
"Impian saya ingin menjadi seorang diva seperti Whitney Houston dan memenangi anugerah Grammy."