Ibarat telur di hujung tanduk! Itu pengalaman yang dirasai seorang daripada 12 anggota dalam pasukan elit yang terlibat membawa kotak hitam dan mayat mangsa MH17 dari Donetsk ke Kharkiv, Rabu lepas.
Rosli Shaari, 5,0 yang merupakan Pengurus Besar Sapura Secured Technologies berkata, perjalanan selama sembilan jam dari sempadan Donetsk ke Karkhiv itu merupakan perjalanan penting dan berisiko tinggi kerana mereka terpaksa melalui perjalanan dalam wilayah yang sedang bergolak.
"Ia perjalanan paling getir, bayangkan barang berharga iaitu kotak hitam MH17 ada bersama kami, ia bukti penting mengapa MH17 terhempas dan ia menjadi tanggungjawab kami," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, sebaik pasukan penyiasat khas MH17 ke Ukraine selamat tiba di tanah air pagi ini.
Katanya, puak pemisah hanya mengiringi pasukan mereka sehingga sempadan Donetsk dan selepas itu nasib dan nyawa mereka terletak pada kuasa kerajaan Ukraine.
"Ia wilayah bergolak, jam 3 pagi (waktu Ukraine), apa sahaja boleh berlaku, perjalanan melalui gunung-ganang, hutan dan cuaca amat gelap, saya hanya berserah dan hanya terbayang wajah anak dan isteri," katanya yang pernah terlibat dengan operasi bantuan taufan Haiyan Filipina.
Bagaimanapun beliau dan anggota pasukan yang diketuai Leftenan Kolonel Mohd Sakri Hussain lega apabila kotak hitam tersebut selamat dibawa dan kini berada dalam tangan pihak sepatutnya untuk disiasat.
Rosli juga merupakan satu-satunya orang awam yang terlibat dalam misi khas membawa kotak hitam tersebut ditugaskan sebagai pegawai komunikasi operasi khas tersebut.
Antara tugas beliau ialah memastikan komunikasi antara pasukan khas penyiasat MH17 ke Ukraine berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
"Sistem yang saya bawa dan digunakan ialah GIRN (Rangkaian Radio Bersepadu Kerajaan) yang juga diguna pakai oleh 16 agensi kerajaan di Malaysia dan digunakan di bilik operasi di Ukraine," katanya.
Mengulas layanan pihak pemisah semasa perbincangan penyerahan kotak hitam, Rosli berkata mereka memberi kerjasama yang amat baik.
"Walaupun bahasa menjadi penghalang namun dengan bantuan seorang jurubahasa dari puak pemisah yang menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris ia berjalan lancar," katanya.
Sebanyak 65 daripada 116 anggota pasukan khas penyiasat tragedi MH17 ke Ukraine telah selamat tiba dari Amsterdam ke KLIA pada 10.52 pagi tadi.
Pasukan tersebut berlepas ke sana 18 Julai setelah pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dipercayai ditembak jatuh terhempas di wilayah Donetsk 17 Julai.
Penerbangan tersebut membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia.
Bernama
Sat Jul 26 2014
Pegawai penyiasat yang menerima kotak hitam pesawat MH17, Mejar Muhammad Mustafa Omar (kanan) tiba dari Kiev, Ukraine selepas menjalankan tugas untuk pesawat MH17 yang terhempas 17 Julai lepas ketika ditemui di Lapangan Terbang KLIA
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.
Amsterdam gesa penjawat awam henti gunakan Telegram
MAJLIS Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram.
Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.