TIGA hari selepas dipilih menjadi Perdana Menteri Britain, Winston Churcill telah menghadiri sidang Parlimen untuk mendapatkan sokongan seluruh Ahli Parlimen Britain untuk menyokong kerajaan campurannya bagi menghadapi Perang Dunia Kedua. Churcill mendapat sokongan penuh Ahli Parlimen untuk mengetuai Britain dalam Perang Dunia Kedua.
Sejarah ini membuktikan Parlimen menjadi institusi penting dalam membuat keputusan ketika berhadapan dengan krisis dan waktu perang. Churcill boleh sahaja melupakan parlimen ketika Britain sedang diserang tentera Nazi Jerman. Tetapi, Churcill mengakui, sebuah kerajaan perlukan sokongan Parlimen untuk menyatukan rakyat berhadapan dengan krisis.
Sejarah ini sedikit sebanyak mengajar kita bahawa peranan Parlimen mempunyai nilai dan berfungsi walaupun berada dalam krisis. Pendekatan kerjasama eksekutif dan badan perundangan perlu menjadi lebih kukuh semasa krisis.
Parlimen ketika pandemik COVID-19
Pandemik COVID-19 sebenarnya telah menyaksikan fungsi Parlimen menjadi kian penting. Pelbagai pendekatan telah digunakan Parlimen diseluruh dunia bagi memutuskan undang-undang dan pakej ekonomi dengan pendekatan baharu.
Inter-Parliamentary Union (IPU) telah mengumpulkan beberapa informasi tentang amalan demokrasi berparlimen di beberapa buah negara ketika pandemik COVID-19 kian meruncing. Menariknya, ada Parlimen yang menggunakan pendekatan teknologi untuk menjalankan urusan Parlimen.
Di Brazil, ahli Kongres telah meluluskan resolusi baharu membenarkan parlimen berperanan secara berjauhan ketika COVID-19 melalui persidangan video dan alat pengurusan virtual.
Sistem ini membenarkan ahli Parlimen Brazil mendaftar sesi perbahasan dan menunjukkan butiran proses Parlimen mengenai undang-undang dibahaskan, pindaan, ucapan, dan jumlah undi. Sidang video ini disiarkan melalui media awam, Parlimen dan media sosial.
Parlimen Maldives yang dikenali sebagai People Majlis juga mengikut jejak langkah Brazil untuk membenarkan Ahli Parlimen melakukan perbahasan melalui video daripada rumah masing-masing.
Senat di Sepanyol, salah sebuah negara yang terkesan teruk dengan COVID-19 turut memanfaatkan Parlimen berdasarkan penggunaan teknologi. Ahli Parlimen yang tidak hadir ke Parlimen untuk berbahas boleh membuat undian di atas talian. Teknologi ini telah digunakan Parlimen Sepanyol sebelum ini bagi memudahkan Ahli Parlimen yang sakit, mengandung, dan cuti bersalin mengundi di sesuatu undang-undang.
Tetapi, terdapat Parlimen meneruskan perbahasan seperti biasa dengan langkah penjagaan sosial yang lebih selamat.
Parlimen Britain meneruskan sesi persidangan dengan mengurangkan jumlah Ahli Parlimen yang hadir sekurang-kurangnya 40 orang berdasarkan korum yang ditetapkan Peraturan Mesyuarat mereka. Ahli Parlimen turut melakukan penjarakan sosial di tempat duduk ketika perbahasan. Kakitangan Parlimen diarahkan untuk bekerja di rumah.
Di New Zealand, Parlimen telah menubuhkan sebuah jawatankuasa pilihan khas (JPK) Respons Epidemik. JPK ini terdiri daripada 10 orang Ahli Parlimen daripada pelbagai parti. Fungsi JPK ini bagi meneliti dan mengawasi pengurus kerajaan New Zealand ketika berhadapan dengan COVID-19.
Ia juga memberi peluang kepada Ahli Parlimen bukan kerajaan untuk didengar dan menyemak tindakan menteri melalui perbahasan lisan dan pertanyaan bertulis. Mereka boleh membuat mesyuarat atau menggunakan persidangan video untuk membincangkan isu berkaitan.
Parlimen Malaysia boleh lakukan lebih baik
Penggunaan teknologi pada abad ke-21 ini telah mengajar kita bahawa Parlimen bukan sahaja institusi 'fizikal' seperti bangunan. Parlimen boleh bersidang dimana-mana menggunakan teknologi baharu, khususnya ketika negara berhadapan krisis COVID-19.
Di Malaysia, pendekatan kita dalam menjalankan urusan Parlimen masih lagi tidak berubah. Amalan menjadikan Parlimen sebagai institusi menguruskan krisis negara di Malaysia masih rendah.
Dominasi badan eksekutif dalam pengurusan krisis sejak enam dekad lalu telah mengenepikan peranan Parlimen. Ia amat berbeza denga negara lain yang melihat kepentingan badan perundangan meskipun negara berhadapan dengan krisis.
Namun, Parlimen masih menjadi institusi yang boleh meluluskan peruntukan kewangan negara berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 102, Perlembagaan Persekutuan membenarkan Parlimen meluluskan sejumlah wang yang mahu digunakan kerajaan pada waktu kritikal.
Ada yang berpendapat Parlimen tidak perlu bersidang kerana Perkara 101, Perlembagaan Persekutuan memberi pilihan sama ada Parlimen boleh meluluskan perbelanjaan tambahan sebelum atau selepas ia dibelanjakan. Malah, ada yang mendakwa sidang Parlimen pada tahun 2020 masih lagi tidak dibuka oleh Yang di-Pertuan Agong. Maka, sidang khas Parlimen seperti yang dicadangkan beberapa pihak tidak berpatutan.
Pada tahun 2016, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah memanggil sidang Parlimen khas pada 26 hingga 27 Januari 2016 bagi memutuskan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Sidang khas ini dilakukan sebelum pembukaan Parlimen pada tahun 2016 yang dijadualkan bermula pada 7 Mac 2016. Tambahan pula, perjanjian ini sebenarnya tidak perlu diluluskan Parlimen tetapi dilakukan menteri bagi mengukuhkan sokongan Parlimen dalam membuat keputusan.
Maka, dakwaan yang menyatakan sidang khas tidak boleh dipanggil untuk meluluskan Prihatin 2020 boleh dipertikai. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempunyai pilihan untuk mempraktikan urus tadbir yang telus dan terbuka dalam menguruskan krisis COVID-19 dalam aspek butiran, pendekatan pelaksanaan, dan rancangan ekonomi bersama Ahli Parlimen.
Malah, ada juga yang cuba mengaitkan keengganan kerajaan PN membawa Prihatin 2020 ke Parlimen atas faktor politik untuk menjatuhkan PN yang menjadi kerajaan minoriti.
Kerajaan minoriti Kanada diketuai oleh Justin Trudeau telah mendapat sokongan semua ahli Parlimen Kanada untuk meneruskan pakej ekonomi. Ia membina perspektif positif tentang perpaduan negara melalui kerjasama pemimpin di Parlimen walaupun berbeza pendirian politik.
Oleh itu, sebarang percaturan politik di Parlimen buat masa ini tidak berbaloi. Fokus perbahasan perlu tertumpu kepada penjelasan daripada kerajaan tentang pakej rangsangan ekonomi secara terperinci, telus dan efektif dalam aspek pelaksanaan bagi kepentingan rakyat. Jumlah wang yang agak besar ini harus diteliti agar tidak berlaku ketirisan.
Terdapat pelbagai kaedah yang lebih baik boleh difikirkan Parlimen Malaysia untuk memastikan peranan institusi rakyat ini terus berfungsi semasa krisis COVID-19.
Pertama, Parlimen boleh meminta JPK untuk memantau pelaksanaan Pakej Rangsangan Kerajaan. JPK perlu bertemu atau membuat keputusan untuk meneruskan semak dan imbang, menganalisis dan melaporkan pelaksanaan dan impak pakej rangsangan kerajaan kepada rakyat dan ekonomi. Antara JPK yang boleh memainkan peranan ini ialah JPK Bajet.
Kedua, Parlimen boleh sahaja mengurangkan kehadiran Ahli Parlimen untuk menghadiri sidang Parlimen khas ini. Berdasarkan Peraturan Mesyuarat Dewan 13 (1), Parlimen boleh bersidang sekiranya cukup bilangan (korum) Ahli Parlimen seramai 26 orang, tidak termasuk Yang Di-Pertua Dewan rakyat.
Oleh itu, Parlimen khas boleh bersidang dengan dihadiri sekurang-kurangnya 30 daripada 222 orang Ahli Parlimen dengan mengamalkan penjarakan sosial di Dewan Rakyat. Pakej rangsangan ekonomi kerajaan hanya memerlukan majoriti mudah.
Ketiga, Parlimen boleh sahaja menggunakan teknologi dan telekomunikasi untuk membuat persidangan Parlimen khas seperti yang diamalkan Parlimen Brazil, Maldives dan Spain. Meskipun penggunaan teknologi dalam urusan Parlimen masih tidak berlaku di Malaysia, tetapi ia menjadi peluang terbaik bagi Parlimen mencuba teknologi sebagai alat komunikasi Parlimen semasa krisis.
Kita perlu sedar bahawa COVID-19 telah memberi perspektif dan amalan baharu bagaimana Parlimen boleh berperanan ketika waktu krisis. Pelaburan terhadap teknologi dalam urusan Parlimen di Malaysia menjadi kajian baharu yang boleh difikirkan bersama. Namun, tidak adil sekiranya Parlimen tidak dilibatkan secara langsung untuk membincangkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh ketika berhadapan dengan COVID-19.
* Fakhrurrazi Rashid ialah Koordinator Program Research For Social Advancement (REFSA).
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Fakhrurrazi Rashid
Thu Apr 02 2020
Kita perlu sedar bahawa COVID-19 telah memberi perspektif dan amalan baharu bagaimana Parlimen boleh berperanan ketika waktu krisis. - Gambar fail
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.