awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bagaimana untuk merakyatkan kefahaman mengenai SDG? Ini cadangan UN-Habitat

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
06/06/2023
16:08 MYT
Bagaimana untuk merakyatkan kefahaman mengenai SDG? Ini cadangan UN-Habitat
Dr. Neil Khor berkata pihak kerajaan perlu menggubal dasar yang mudah difahami dan dilaksanakan. - Gambar UN.org
KUALA LUMPUR: Pengarah Hubungan Luar dan Penasihat Khas kepada Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Dr. Neil Khor berkata pihak kerajaan perlu menggubal dasar yang mudah difahami dan dilaksanakan, untuk membantu masyarakat memahami lebih lanjut mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
“Apabila kita bicarakan tentang Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), ramai belum betul-betul faham. Oleh itu, di Perhimpunan UN-Habitat kita berikan tiga cadangan. Pertama, kita perlu gubal dasar yang mudah untuk dilaksanakan,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Pengarah Hubungan Luar dan Penasihat Khas kepada Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Dr. Neil Khor berkata kerajaan perlu gubal dasar yang mudah difahami dan dilaksanakan berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). #AgendaAWANI #UNHA2 #AWANIxEmirates #FlyBetter pic.twitter.com/ylcJaP2C3y
— Astro AWANI (@501Awani) June 6, 2023
Seterusnya, cadangan yang diangkat untuk merakyatkan kefahaman mengenai SDG ialah dengan melaksanakan program berimpak tinggi.
“Kedua, program bandar sisa pintar atau waste wise city sebab tiap-tiap hari 2,000 lori penuh dengan sampah. Tiap-tiap hari dibuang ke dalam sungai serta laut.
“Seperti yang Pengarah Eksekutif UN-Habitat (Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif) kami cakap semasa dia menjadi Datuk Bandar, di Seberang Perai, Pulau Pinang, banjir berlaku sangat cepat kerana kita buang sampah ke dalam longkang.
“Katanya, sampah itu tidak ada kaki, tidak ada tangan, tidak boleh terbang, macam mana boleh masuk longkang. Jadi yang paling penting kita kena tingkatkan kesedaran kesedaran sangat penting untuk kita muhasabah cara kita hidup. Tidak mungkin kita buat longkang yang lebih besar, kadang di Malaysia ini bukan sampah sahaja masuk, tiba-tiba vacuum cleaner pun masuk,” katanya.
Cadangan seterusnya, Neil berkata rakyat perlu mengubah sikap dan gaya hidup agar dapat membantu merealisasikan pelaksanaan SDG secara menyeluruh.
Bagaimana untuk merakyatkan kefahaman mengenai SDG? Ini cadangan UN-Habitat
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#SDG
#Matlamat Pembangunan Mampan
#UNHA2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan