DREBAR
Bahan api sintetik masa hadapan sumber pembakaran kita?
Di kebanyakan negara Eropah bahan api yang kami di Malaysia kenali sebagai ‘petrol’, lebih dikenali sebagai benzin. Bahkan, begitulah juga bagaimana ia ditakrifkan di Indonesia. Maksudnya sama, tetapi nama komersilnya sahaja berbeza.
Menyambung dari situ, Audi telah berjaya menghasilkan apa yang mereka panggil sebagai e-Benzin, iaitu bahan api sintetik yang dibangunkan bersama-sama Global Bioenergies.
e-Benzin ini terhasil tanpa menggunakan petroluem. Seiring dengan itu, ia juga bebas daripada kandungan sulfur dan benzena untuk menghasilkan pembakaran yang sangat bersih. Tambahan lagi, angka oktana (octane rating) bagi produk ini adalah RON 100, berbanding dengan RON tertinggi di Malaysia sekarang iaitu RON97.
Bahan api yang berkualiti tinggi ini dikatakan sangat sesuai untuk digunakan oleh enjin-enjin dengan nisbah mampatan yang tinggi untuk membantu memberi kecekapan tinggi. Buat masa ini, bahan api baharu ini akan diuji Audi di dalam makmal dan enjin ujian.
Sementara itu juga, Audi bersama-sama Global Bioenergies akan cuba mengubah proses pembuatannya agar ia tidak memerlukan apa-apa juga biomas. Sebaliknya apa yang diperlukan hanyalah air, hidrogen, CO2 dan cahaya matahari.
Bagaimana e-Benzin dihasilkan?
Bahan asas e-Benzin ini adalah isobutana, yang Global Bioenergies kilangkan berhampiran sebuah pekan di Perancis (seperti gambar di atas). Isobutana ini terhasil daripada bahan-bahan mentah yang boleh diperbaharui (renewable) dan tidak daripada petroleum seperti biasanya.

Dari situ, hidrogen digunakan untuk menukar gas isobutana kepada cecair iso-oktana. Global Bioenergies seterusnya akan membina sebuah kilang yang dijangka beroperasi menjelang 2016. Kilang demonstrasi ini akan mula untuk menghasilkan e-Benzin pada jumlah yang lebih besar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami