awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bahas usul banjir: Speaker perlu patuh PM18, PM100 tidak terpakai - Peguam

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
23/12/2021
08:45 MYT
Bahas usul banjir: Speaker perlu patuh PM18, PM100 tidak terpakai - Peguam
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun perlu mematuhi Peraturan Mesyurat (PM) 18 Dewan Rakyat berkait usul untuk membahaskan bencana banjir yang melanda negara. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun perlu mematuhi Peraturan Mesyuarat (PM) 18 Dewan Rakyat berkait usul untuk membahaskan bencana banjir yang melanda negara.
Pengasas Pergerakan RAPERA, Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berpandangan, PM100 Dewan Rakyat tidak boleh terpakai dalam situasi yang berlaku pada Isnin lalu.
"Beberapa peguam berpendapat PM100 membolehkan Speaker meneruskan perbahasan isu banjir walaupun usul tidak dikemukakan.
"Dengan hormatnya, saya tidak bersetuju kerana PM100 hanya terpakai kepada situasi apabila tiada peruntukan lain yang boleh digunakan untuk situasi tertentu.
"Dengan wujudnya peruntukan yang jelas di bawah PM18, Speaker perlu mematuhi Perintah ini. Mesti ada peraturan yang mengawal selia walaupun ia melibatkan Speaker," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Bencana banjir Selangor: Angka korban mencecah 24 orang - MB
BACA: Tiada seorang pun Ahli Parlimen beri notis bahas isu banjir - Azhar
BACA: Banjir: Ahli Parlimen mahu menteri beri penjelasan, lewat tangani isu banjir
Jahaberdeen yang juga peguam cara dan peguam bela berkata, mana-mana ahli Parlimen boleh dengan mudah memberi notis awal tentang hasrat mereka untuk membahaskan perkara itu supaya Speaker boleh memberi notis kepada agensi kerajaan yang berkaitan untuk menjawab melalui menteri berkenaan.
Pada Isnin, Azhar dilapor tidak membenarkan isu banjir dibahaskan di Dewan Rakyat susulan tiada usul dikemukakan oleh mana-mana Ahli Parlimen.
Azhar berkata beliau tidak menerima sebarang usul berkaitan isu banjir, sekali gus tidak boleh meneruskan perjalanan Parlimen seperti yang ditetapkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM).
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#usul banjir
#Isu banjir
#Azhar Azizan Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan