awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
Cuaca sejuk ganggu perjalanan di Eropah Barat, ratusan penerbangan dibatalkan
Terbuka Malaysia: Semangkuk sup bersama Chong Wei suntik semangat Kunlavut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada seorang pun Ahli Parlimen beri notis bahas isu banjir - Azhar

Bernama
Bernama
22/12/2021
15:05 MYT
Tiada seorang pun Ahli Parlimen beri notis bahas isu banjir - Azhar
Azhar menyifatkan tuduhan terhadapnya adalah berniat politik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun menafikan beliau menolak usul membahaskan isu banjir pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat Isnin lepas.
Azhar menjelaskan bahawa bagi hal-hal tergempar dan diperlukan untuk dirundingkan secara tergempar, satu usul di bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat 18 (1) perlu dibuat kepada beliau iaitu sehari awal, sebelum persidangan berlangsung.
"Untuk hal banjir ini, Ahli-Ahli Parlimen boleh sahaja memberikan notis kepada saya melalui WhatsApp dan sebagainya sebelum hari tersebut (20 Dis).
"Malah, satu usul bertulis boleh sahaja dibuat pada pagi 20 Dis 2021. Namun, tidak ada seorang pun yang berbuat demikian," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Beliau berkata dalam aturan urusan mesyuarat pada hari itu, pembentangan Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 merupakan satu-satunya agenda yang disenaraikan.
Namun, pembentangan pindaan rang undang-undang itu tidak dapat dibuat kerana proses libat urus antara Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dengan pihak pembangkang belum tamat serta terdapat isu-isu mengenainya perlu diselesaikan.
Azhar berkata usul diperlukan bagi membolehkan beliau mengemukakan masalah kepada Dewan Rakyat untuk dibahaskan dan dijawab oleh menteri serta membolehkan menteri yang berkenaan membuat persiapan bagi menjawab perkara yang dibangkitkan semasa perbahasan.
Katanya, usul juga diperlukan untuk sesuatu masalah itu dibahaskan dengan bertatacara dan sempurna bagi menghalang Ahli Parlimen membahaskan perkara yang tidak berkaitan dengan isu dalam usul tersebut.
"Saya bukannya hendak mengekang hak Ahli-Ahli Parlimen daripada membahaskan isu-isu semasa yang penting dan yang perlu disegerakan, namun Dewan Rakyat tidak sepatutnya dijatuhkan martabatnya menjadi kedai kopi dengan membangkitkan apa sahaja isu secara sewenang-wenangnya tanpa mematuhi Peraturan Mesyuarat.
"Tidak ada Parlimen di negara-negara Komanwel yang membahaskan apa-apa isu yang dipetik daripada udara sesuka hati dan pada bila-bila masa sahaja tanpa mengikut peraturan dan aturan urusan mesyuarat," katanya.
Azhar berkata beliau komited kepada pembahasan terbuka mengenai apa juga isu dan masalah yang dihadapi rakyat, malah telah mewujudkan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas semasa serta mengadakan sekretariat buat pertama kalinya dalam sejarah Parlimen Malaysia bagi membolehkan proses semak dan imbang diperkukuhkan.
Justeru, beliau menyifatkan tuduhan terhadapnya adalah berniat politik dan beliau tidak akan terjerumus dalam kancah politik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#usul banjir
#Dewan Rakyat
#Azhar Azizan Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan