JOHOR BAHRU: Rakyat Malaysia harus berasa bangga kerana Bahasa Melayu bukan sahaja masih diguna pakai di peringkat antarabangsa tetapi menduduki tangga ke-10 bahasa paling popular penggunaannya di dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata pada masa ini terdapat lebih 6,000 bahasa yang masih diguna pakai, akan tetapi hanya 20 bahasa sahaja yang dikategori dan diberi taraf bahasa rasmi termasuk Bahasa Melayu.
"Sebagai Keluarga Malaysia dan empunya bahasa ibunda ini, kita harus berasa bangga kerana di celah-celah ruang penguasaan teguh Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu tetap ampuh mencorak ritma yang tersendiri dan sentiasa mekar di persada tamadun dunia.
"Keadaan ini tidak berlaku kepada semua bahasa utama dunia kerana terdapat bahasa yang lenyap ditelan arus globalisasi, manakala sebahagian yang lain berhadapan dengan ancaman kepupusan," kata beliau ketika berucap merasmikan Malam Kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, Ahad malam.
Ismail Sabri berkata Malaysia seharusnya bersyukur kerana perkara itu tidak berlaku kepada Bahasa Melayu memandangkan semuanya hasil kesepaduan rumpun Nusantara yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia, dan Brunei Darussalam selaku pendukung utama.
BACA: PM tegur agensi kerajaan, GLC, swasta kurang guna Bahasa Melayu
"Dengan itu, adalah tidak mustahil jika bilangan penutur Bahasa Melayu di dunia ini, yang sekarang ini sudah pun melebihi 300 juta orang, malah akan lebih berkembang, sekali gus mengembalikan zaman kegemilangan 'lingua franca' Bahasa Melayu," kata beliau.
Perdana Menteri bagaimanapun menegur trend masa kini yang menyaksikan program swasta, malah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi-agensi kerajaan yang tidak menggunakan Bahasa Melayu.
"Mesyuarat agensi dan GLC juga menggunakan Bahasa Inggeris. Malah, penggunaan nama syarikat, projek perumahan dan jenama produk kini menjadi lumrah dengan tidak juga menggunakan Bahasa Melayu.
"Saya berharap setiap persidangan, mesyuarat dan lain-lain mesti menggunakan Bahasa Melayu selepas ini. Siapa lagi boleh mengangkat Bahasa Melayu melainkan kita sendiri," kata beliau.
BACA: Usaha pelihara Bahasa Melayu perlu holistik, tanggungjawab bersama - Noraini
Kata beliau, kerajaan mahu mengulangi sejarah kegemilangan Bahasa Melayu, dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai bahasa pengungkap ilmu dan bahasa antarabangsa abad ke-21.
"Kerajaan komited untuk memastikan dasar-dasar yang digubal menyokong usaha pemartabatan Bahasa Melayu.
"Untuk itu, kerajaan sangat menggalakkan pelaksanaan program dan aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan yang dapat menyemarakkan lagi roh kecintaan terhadap Bahasa Melayu," kata Ismail Sabri.
PABM 2021 melibatkan penyertaan 78 peserta dari 36 negara, antaranya Bangladesh, Jepun, Uzbekistan, Mesir, Brunei, Mali dan Pakistan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021

Ismail Sabri meletakkan bunga di atas sirih junjung sebagai simbolik merasmikan Malam Kemuncak Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2021 di Dewan Sultan Iskandar UTM, Johor Bahru, malam tadi. - BERNAMA

Aidilfitri | PM hadir Program Aidilfitri Tentera Darat
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri melibatkan warga Angkatan Tentera Darat Malaysia.

Pendaki Gunung Suku | Mayat kedua ditemui, operasi SAR tamat
Pasukan penyelamat berjaya menemui mayat mangsa kedua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki di Gunung Suku, Simpang Pulai, Ahad lepas. Penemuan itu dibuat pada hari ketujuh operasi, hari ini.

Jurulatih wushu ditahan berikutan laporan amang seksual remaja perempuan
Seorang jurulatih wushu ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada 11 Mei lepas.

Kelibat Harimau | Penduduk dakwa tak pernah berlaku
Penduduk di sekitar kawasan sekitar Kemensah Height di sini menjalankan aktiviti harian seperti biasa walaupun beberapa penduduk di kawasan tersebut mendakwa terlihat kelibat harimau beberapa hari lalu. Tinjauan Astro AWANI pada Sabtu petang mendapati, kawasan yang terletak berhampiran kawasan rekreasi air terjun yang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada hujung minggu itu tetap sibuk seperti biasa.

Mydin ada bekalan ayam namun hadkan pembelian
Isu bekalan ayam tidak mencukupi menjadi perbualan dan antara topik yang sering dibincangkan di media sosial.

Sukan SEA Hanoi: Emas acara beregu campuran dalam genggaman
Sebutir pingat emas sudah berada dalam genggaman kontinjen negara apabila dua pasangan badminton negara akan berentap pada final acara beregu campuran pada Sukan SEA ke-31, esok.

Pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia sepatutnya tidak jadi isu - Saifuddin
Pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu, sepatutnya tidak menjadi isu.

Bukan MN, tetapi individu tolak MN sedang nyawa-nyawa ikan - Sanusi
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) tidak berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Anthony Albanese bakal Perdana Menteri Australia baharu
Keputusan awal ini dikeluarkan oleh tiga media tempatan utama Australia, Perbadanan Penyiaran Australia, 7 News dan Sky News Australia.

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) susulan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

Usaha kerajaan martabat bahasa Melayu beri identiti kepada generasi akan datang
Jika bahasa itu tidak diutamakan, maka rakyat akan tercicir seperti 'hilang bahasa hilang budaya, hilang budaya hilang negara'.

Wara itu, wara ini... Mari berbicara tentang 'wara'...
Kosa kata berkaitan yang telah direkod dalam kamus dan korpus ialah bicarawara, candawara, ceterawara, jerayawara, riawara, purbawara dan sandiwara.

Kemaskan Bahasa Melayu secara domestik dahulu, sebelum perkenal ke luar negara - Rais Yatim
Pembelajaran serta penguasaan ilmu Bahasa Melayu itu amat penting dalam kalangan rakyat terutama dalam pelbagai sektor ekonomi.

Draf pindaan Akta DBP 1959 dijangka diserahkan Peguam Negara sebelum Julai - Rais Yatim
Jawatankuasa yang ditubuhkan sedang memperhalusi draf pindaan berkenaan, dan ia kini dalam peringkat akhir.

Indonesia akan tolak selagi Malaysia guna istilah 'Bahasa Melayu'
Indonesia akan sentiasa menolak selagi negara ini menggunakan istilah 'Bahasa Melayu' untuk diangkat sebagai bahasa rasmi kedua ASEAN.

Bahasa Melayu yang disebut Perdana Menteri ialah Bahasa Nusantara - MPN
Bahasa Melayu yang disebut Perdana Menteri semasa menyatakan hasrat menjadikannya sebagai bahasa rasmi kedua ASEAN sebenarnya bermaksud bahasa nusantara.

Bahasa Melayu bahasa rasmi ASEAN: Menteri Indonesia mahu cadangan dikaji, dibahas terlebih dahulu
Nadiem berkata kementeriannya diberi amanah untuk mengembangkan, membina dan melindungi bahasa dan sastera Indonesia, serta meningkatkan fungsi bahasa Indonesia sebagai bahasa antarabangsa.

Malaysia terima al-Quran, kurma sumbangan Raja Arab Saudi - PM
Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud akan menyumbang 46,000 naskhah al-Quran terjemahan Bahasa Melayu.

Pencalonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2022 kini dibuka - KPT
Sehingga kini KPT telah menobatkan lapan tokoh akademik, sejak anugerah ini diperkenal pada 2012.

Sokongan Indonesia tingkat peluang bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN, antarabangsa
Bahasa Melayu turut digunakan di Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Filipina, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar dan Timor Leste.