awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM tegur agensi kerajaan, GLC, swasta kurang guna Bahasa Melayu

Astro Awani
Astro Awani
28/11/2021
15:40 MYT
PM tegur agensi kerajaan, GLC, swasta kurang guna Bahasa Melayu
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Perasmian Malam Kemuncak Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2021 di Dewan Sultan Iskandar UTM hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegur agensi kerajaan, swasta, serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dilihat kurang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Katanya, sudah menjadi lumrah Bahasa Melayu kini tidak digunakan sama ada dalam persidangan, mesyuarat, nama syarikat, nama projek mahupun jenama produk mereka.
Bagaimanapun, beliau berharap selepas ini pihak berkenaan dapat menggunakan bahasa kebangsaan itu dalam segala urusan termasuk masyuarat dan persidangan.
Katanya ia sebagai usaha dan peranan Malaysia bagi memastikan Bahasa Melayu terus berkembang dan digunakan bersama-sama bahasa lain.
"Namun peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk memastikan Bahasa Melayu terus berkembang yang ketika ini sudah menjadi trend untuk tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam program swasta, malah GLC dan agensi-agensi kerajaan.
“Mesyuarat agensi dan GLC juga menggunakan Bahasa Inggeris. Malah, penggunaan nama syarikat, projek perumahan dan jenama produk kini menjadi lumrah dengan tidak juga menggunakan Bahasa Melayu.
“Saya berharap setiap persidangan, mesyuarat dan lain-lain mesti menggunakan Bahasa melayu selepas ini. Siapa lagi boleh mengangkat bahasa melayu melainkan kita sendiri?" tegas Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Malam Kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini malam ini.
Jelas Ismail Sabri, Keluarga Malaysia perlu berbangga bahasa kebangsaan itu yang berada di tangga ke-10 daripada 20 bahasa yang popular seluruh dunia.
“Dan tetap ampuh mencorak ritma yang tersendiri dan mekar di persada tamadun manusia di celah kepesatan penggunaan Bahasa Inggeris,” katanya.
PABM kali ini menyaksikan penyertaan sebanyak 78 peserta daripada 36 negara.
Antaranya ialah Bangladesh, Jepun, Uzbekistan, Brunei, Mesir, Mali dan Pakistan.
Topic Berkaitan
#Bahasa Melayu
#bahasa kebangsaan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#agensi kerajaan
#GLC
#swasta
#bahasa Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan