KUALA LUMPUR:Keputusan membuat pilihan raya umum (PRU) dalam tempoh penularan gelombang ketiga pandemik COVID-19 ketika ini merupakan satu perkara yang merbahaya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, seharusnya kerajaan ketika kini mengambil pengajaran yang sewajarnya terhadap kesan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke atas seluruh negara.
Dalam masa sama, Dr Mahathir berpandangan, adalah lebih baik sekiranya kerajaan dan semua pihak bersabar dahulu sementara menanti vaksin yang benar-benar berkesan untuk rakyat.
“Kita sudah lihat apa berlaku di Sabah apabila diadakan Pilihan Raya Negeri.. dulu sebelum ada pilihan raya itu, jumlah kes baharu di Malaysia ini sudah turun sehingga angka satu sahaja. Tetapi apabila kita pergi ke Sabah, kita adakan perjumpaan, kempen, macam-macam lagi... angka satu itu sudah meningkat kepada 1,200.
“Ini menunjukkan bahawa pilihan raya adalah satu perkara yang amat merbahaya pada waktu ini. Sebab itu kita perlu tunggu sekejap supaya kita dapat… umpamanya vaksin yang berkesan yang baik dan kita dapat kurangkan jangkitan ini,” katanya dalam program khas Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad terbitan Astro AWANI pada Rabu malam.
Dalam satu kenyataan bersama semalam, 20 anggota pentadbiran kerajaan dari Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam melaksanakan pelan pemulihan ekonomi dan kesihatan rakyat.
Bagaimanapun mereka berpendapat, PRU15 perlu diadakan secepat mungkin sebaik sahaja keadaan kesihatan awam mengizinkan untuk memperoleh mandat rakyat yang jelas bagi memastikan kestabilan kerajaan yang lebih jitu.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, soal kesihatan dan nyawa rakyat perlu diberi pertimbangan dan keutamaan oleh kerajaan masa kini, sebelum membuat sebarang langkah untuk mengadakan pilihan raya.
“Dan kita ambil berat tentang nyawa manusia. Janganlah kita utamakan politik sehingga tak peduli sama ada orang akan terbunuh atau pun tidak. Jadi sebab itu kita ambil kira bukan sahaja masa, kita juga perlu mengambil kira kesan terhadap kesihatan rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Nov 25 2020

Kerajaan masa kini perlu mengambil pengajaran yang sewajarnya terhadap kesan Pilihan Raya Negeri Sabah ke atas seluruh negara, kata Tun Dr Mahathir. - Gambar hiasan

Jangkitan baharu COVID-19 menular, China bimbang pergerakan rakyat pada sambutan Tahun Baharu
Pada Isnin, China mencatatkan 118 kes baharu, iaitu bertambah berbanding 109 pada hari sebelumnya.

Premier League sahkan 16 lagi kes positif COVID-19
Premier League menjalankan dua ujian dalam tempoh seminggu di antara 4 dan 10 Januari lalu, yang secara keseluruhan telah mengesan 36 kes positif.

COVID-19: Wanita warga Malaysia antara kes baharu dalam komuniti di Singapura
Wanita Malaysia berusia 66 tahun adalah satu daripada dua kes jangkitan dalam komuniti yang dilaporkan oleh Singapura pada Isnin.

'Saya okey, seronok duduk di hospital ni' - Nazri Aziz sah dijangkiti COVID-19
Nazri kini sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bahru, Kelantan bermula petang Isnin.

AWANI Ringkas: Manfaat Hospital Bersepadu MAEPS | Isu kartel daging, lima pegawai MAQIS direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Biden mahu kekalkan sekatan perjalanan pelawat Eropah, Brazil - Jurucakap
Atas nasihat pasukan perubatan kami, Pentadbiran tidak berhasrat menarik semula sekatan ini pada 26 Januari, kata Jen Psaki.

Trump tamatkan larangan masuk untuk Schengen, UK, Brazil bermula 26 Jan
Trump menjelaskan negara terlibat memberikan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS), berkongsi rekod ujian COVID-19 yang tepat serta terkini.

Bapa mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap dua anak
Tertuduh yang berusia 42 tahun membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Pembayaran interim I-Sinar dan moratorium bersasar adalah wajar Ketika ini bagi elak implikasi
Pakar melihat tindakan KWSP mengumumkan pembayaran interim sebanyak RM1,000 kepada pemohon I-Sinar Kategori 2 adalah satu langkah yang tepat ketika ini begitu juga langkah memberikan moratorium secara bersasar.

Rebat elektrik dalam Pakej PERMAI, apa kata pakar?
Telah diumumkan adalah diskaun ke atas bil elektrik, yang mana penurunan bil elektrik sehingga 9 peratus bagi tempoh 6 bulan untuk rakyat Malaysia dan 10 peratus kepada enam sektor perniagaan di seluruh negara, adakah ia dilihat memadai atau kerajaan boleh lakukan lebih baik dari ini?

Darurat: Kerajaan guna nama YDP Agong, elak keputusan dicabar - Tun M
Tun M berkata, penambahan kuasa kepada Perdana Menteri tidak semestinya beri jaminan wabak COVID-19 boleh dikawal sepenuhnya di negara ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Jumlah kes baharu harian COVID-19 merupakan antara berita pilihan sepanjang hari ini.

Heret kerajaan ke mahkamah, Anwar terus main politik, lupa agenda rakyat - Wan Saiful
Wan Saiful berkata, niat merampas kuasa masih diteruskan, berbanding menumpukan usaha bantu rakyat yang berdepan isu banjir dan COVID-19.

"Saya kawal makan, elak terlalu gemuk dan berat saya tak lebih 62 kg" - Tun M
"Bila makan berasa sedap, saya berhenti. Ini memang susah tapi ini amalan saya. Jadi saya makan cukup-cukup saja"

Proklamasi darurat bukan untuk Muhyiddin beraja di mata, bukan sehingga kiamat - Bekas setiausaha politik Tun M
Proklamasi darurat yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong itu akan berakhir juga apabila sampai masanya nanti.

COVID-19: Tun Mahathir cadang tubuh panel dianggotai pakar perubatan, bantu tangani pandemik
Penubuhan itu bagi mewakili pendapat orang ramai berkenaan langkah pencegahan sedia ada selain langkah keselamatan susulan.

Siti Hasmah bersolek lebih satu jam, suami perlu bertoleransi - Tun M
Sikap saling menerima kelebihan dan kekurangan pasangan akan membuatkan rumah tangga itu bertambah seri.

Kaedah tangani COVID-19 berbeza berbanding virus terdahulu - Tun M
Rakyat perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan diri daripada terkena jangkitan.

Pembinaan dewan masyarakat RM35 juta di Pagoh cetus persoalan
Pemeriksaan Astro AWANI mendapati dana itu diperuntukan untuk tiga projek dewan, dan menelan kos pembinaan sebanyak RM35,435,992.00.

"Saya tidak menentang Anwar jadi Perdana Menteri" - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi penegasannya tidak menentang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri.