awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu warga Pakistan maut SUV rempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS ekoran tekanan DXY
Manchester United cipta sejarah hitam selepas tersingkir Piala FA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baik pulih Jalan Ampang - Jelapang siap tiga bulan lagi

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
07/01/2022
11:15 MYT
Baik pulih Jalan Ampang - Jelapang siap tiga bulan lagi
Kerja-kerja membaik pulih sinkhole atau mendapan tanah di laluan Persekutuan FT 239 Jalan Ampang - Jelapang dijangka siap dalam tempoh tiga bulan bermula Isnin minggu hadapan.
IPOH: Kerja-kerja membaik pulih sinkhole atau mendapan tanah di laluan Persekutuan FT 239 Jalan Ampang - Jelapang atau susur keluar Jalan Kuala Kangsar menuju Meru Raya dijangka siap dalam tempoh tiga bulan bermula Isnin minggu hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Awam, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri telah menerima peruntukan kecemasan sebanyak RM624,000 daripada kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembaikan kekal di situ.
Menurut beliau, kerja-kerja awal seperti pembersihan kawasan, penebangan pokok, penyediaan laluan masuk dan pembinaan platform kerja telah dibuat bagi tujuan baik pulih mendapan tanah dengan kedalaman kira-kira tujuh meter di situ.
“Alhamdulillah, hasil rayuan yang berterusan, JKR negeri Perak telah menerima peruntukan kecemasan sebanyak RM624,000 untuk digunakan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan kekal.
“Jalan masuk dan pembinaan platform kerja telah dijalankan di bawah permukaan jalan bagi tujuan pembaikan sinkhole dengan kedalaman 20 kaki.
“JKR negeri juga telah berbincang dan membuat perancangan bersama perunding dan kontraktor untuk pelaksanaan kerja dan mesin jentera dijadualkan bermula pada minggu hadapan. Anggaran tempoh masa maksimum yang diberikan untuk kerja-kerja pembaikan jalan ini adalah tiga bulan,” kata Mohd Zolkafly.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian di laluan Persekutuan FT 239 Jalan Ampang - Jelapang dekat sini, pada Jumaat.
Mohd Zolkafly memberitahu, punca mendapan tanah berkenaan disebabkan berlaku kebocoran pembetung yang mengakibatkan takungan air di bahagian bawah jalan raya.
Disember lalu, media melaporkan kerja baik pulih lapisan permukaan jalan di laluan tersebut terpaksa ditangguhkan susulan penemuan mendapan tanah sebesar 10 meter.
Mendapan itu disedari pihak syarikat konsesi pada 19 Oktober lalu manakala hakisan tanah itu dipercayai berpunca daripada resapan air kesan kebocoran longkang di tepi jalan.
Susulan itu laluan kecemasan dan lorong kiri jalan terpaksa ditutup sehingga mengakibatkan kesesakan luar biasa kira-kira 5 kilometer terutama pada waktu puncak serta hujung minggu.
Topic Berkaitan
#mendapan tanah
#sinkhole
#Jalan Ampang - Jelapang
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan