Pimpinan Pakatan Rakyat menganggap Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat petang tadi tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.
Mereka berpendapat Bajet 2015 lebih mengulangi perkara-perkara yang telah dibangkitkan sebelum ini dan tidak memberi perhatian kepada masalah yang sedang dihadapi negara.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Bajet 2015 memperlihatkan kerajaan tidak membangkitkan isu peningkatan kos.
Katanya, perkara itu sepatutnya menjadi pertimbangan utama Perdana Menteri kerana ia menjadi perkara asas yang menyebabkan kehidupan rakyat terhimpit.
"Soal kos yang meningkat yang tidak dapat ditangani, kenaikan harga minyak yang tidak munasabah, soa kebocoran dan ketirisan tidak disebut oleh Perdana Menteri.
"Kerajaan masih tidak dapat menangani masalah kebocoran puluhan bilion ringgit," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat selepas pembentangan Bajet 2015, hari ini.
Sementara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berpendapat Bajet 2015 masih lagi gagal menjadi satu belanjawan yang berjiwa rakyat.
Biarpun mengakui terdapat beberapa langkah yang dilakukan untuk mengurangkan beban rakyat namun Ahli Parlimen Bagan itu berpendapat masalah pokok masih tidak dapat diselesaikan.
"Masalah seperti pemberian kontrak kepada Penjana Bebas Elektrik (IPP) tidak diselesaikan sedangkan ramai yang tahu itu punca kenaikan kos.
"Kalau kronimisme ini tidak diputuskan bagaimana mahu mendapat satu bajet yang berjiwa rakyat," katanya.
Menyentuh mengenai pengeculian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap penggunaan petrol RON95, Guan Eng berkata rakyat tetap akan memilih untuk tidak ada kenaikan harga petrol.
"Kalau ditanya mahu pengecualian GST atau tak mahu naik harga petrol, rakyat akan pilih petrol tidak naik.
"Naik 20 sen tapi jimat GST sebanyak 6 peratus, rakyat akan tanya apa ini? Kalau nak kenakan GST sebanyak 6 peratus lebih baik dikenakan berbanding naik harga petrol," katanya lagi.
Bagi Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar pula pengecualian GST kepada pengguna petrol RON95 tidak bermakna rakyat berpendapatan rendah mendapat faedah.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata dengan pengecualian GST kepada pengguna RON 95, mereka yang berpendapatan tinggi juga akan menggunakannya.
"Selepas ini, semua orang akan guna RON 95, kita tidak boleh sekat kalau ada orang kaya nak guna RON95 sebab tidak mahu bayar GST enam peratus.
"Jadi pengecualian itu tidak memberi makna kepada mereka yang berpendapatan rendah dan tidak ada jaminan bahawa harga minyak tidak akan naik lagi selepas ini," katanya.
Manakala Anggota Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP, Liew Chin Tong pula menganggap Bajet 2015 tidak menyelesaikan masalah kerana tumpuan diberikan kepada perkara yang tidak sepatutnya.
Ahli Parlimen Kluang itu berkata, kerajaan lebih memberi tumpuan kepada pembinaan lebuh raya tetapi tidak disebut tentang usaha menjadi pengangkutan awam lebih efisien.
"Kalau kita bercakap soal pengangkutan, soal untuk mengurangkan kesesakan, sepatutnya kita tumpu kepada isu pengangkutan awam bukan pembinaan lebih raya.
"Memang setengah tempat perlu dibina lebuh raya tetapi tidak boleh dilupakan tentang aspek peningkatan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam," katanya.
Pakatan Rakyat semalam melancarkan belanjawan alternatif mereka dengan memperkenalkan dua cukai menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Astro Awani
Fri Oct 10 2014
Bajet tidak menyelesaikan masalah rakyat - Pakatan Rakyat
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
[UNDIAN] Adakah sumbangan ibu bapa kepada sekolah kerajaan mencukupi?
Pada Bajet 2015, peruntukan kepada bidang pendidikan meliputi kira-kira 20 peratus daripada jumpah keseluruhan belanjawan.
Ekonomi negara akan terus berada pada landasan yang kukuh - Penganalisis
FTSE Bursa Malaysia tidak menunjukkan impak negatif susulan pengumuman mengenai penstrukturan semula Bajet 2015.
Struktur semula Bajet 2015: Langkah kerajaan perlu realistik - Penganalisis
Ketua ahli ekonomi Maybank IB, Suhaimi Ilias berkata pengurangan defisit kepada 3% KDNK adalah sesuatu yang agak mencabar.
Penstrukturan semula Bajet 2015 tangani kemerosotan nilai ringgit, harga minyak
Perdana Menteri Najib Razak akan umumkan penstrukturan semula Bajet 2015 pada 20 Januari nanti.
Defisit fiskal 3 peratus mampu dicapai
Sasaran defisit fiskal 3% bagi tahun ini mampu dicapai sekiranya penyelarasan tertentu dalam Bajet 2015 dapat dilakukan secepat mungkin.
Bajet 2015 mungkin distruktur semula, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kemungkinan Bajet 2015 distruktur semula.
DBKL peruntuk RM2.44 bilion untuk Bajet 2015
Dewan Bandaraya Kuala lumpur memperuntukkan RM2.44 bilion untuk Bajet 2015 dengan RM1.63 bilion bagi mengurus dan RM812.54 juta untuk pembangunan.
Penurunan harga minyak mentah dunia: kerajaan tidak perlu pinda bajet
Penurunan harga minyak mentah dunia tidak memerlukan kerajaan meminda Bajet 2015 kerana ia tidak akan menjejaskan sasaran paras defisit sebanyak tiga peratus pada 2015,
BAJET 2015: Berapa kena bayar cukai pendapatan?
Beberapa profil individu yang kami sediakan sebagai rujukan untuk anda melihat secara ringkas perbezaan cukai bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.
2 juta daripada 7 juta penerima BR1M tidak miliki akaun bank
Kira-kira dua juta daripada tujuh juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini masih tidak memiliki akaun bank, menyukarkan bantuan itu disalurkan terus kepada mereka.