awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2015: PIKOM harap kerajaan kecualikan produk ICT daripada GST

Bernama
Bernama
17/09/2014
09:10 MYT
Bajet 2015: PIKOM harap kerajaan kecualikan produk ICT daripada GST
Sekiranya produk berkenaan dikenakan GST sebanyak enam peratus, yang akan berkuat kuasa pada 1 April, 2015, Pikom menjangka satu pusingan kenaikan harga akan berlaku.
Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) mencadangkan kepada kerajaan agar mengecualikan produk ICT daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Dalam senarai hasratnya bagi Bajet 2015 kepada Kementerian Kewangan, persatuan itu juga mengemukakan cadangan pengurangan cukai pendapatan individu dan cukai korporat antara satu hingga dua mata peratusan untuk meringankan kesan GST, kata Pengerusinya Cheah Kok Hoong.
"Kami mencadangkan supaya dikekalkan keadaan sedia ada, iaitu tidak mengenakan GST ke atas peralatan seperti telefon pintar, peranti atau perisian," katanya pada sidang akhbar sempena Sidang Kemuncak keenam Kepemimpinan Pikom.
Sekiranya produk berkenaan dikenakan GST sebanyak enam peratus, yang akan berkuat kuasa pada 1 April, 2015, Pikom menjangka satu pusingan kenaikan harga akan berlaku dalam masa enam bulan pertama sebelum berkurangan dalam jangka panjang.
Pikom juga mencadangkan agar dikurangkan cukai korporat dan individu sebanyak satu hingga dua mata peratusan bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang dijangkakan dan menjalankan perniagaan selepas pelaksanaan GST.
Hasil tinjauan Pikom yang diumumkan pada April, menyatakan bahawa daripada lebih 1,000 syarikat ditinjau, 75 peratus daripadanya menerima sistem percukaian baharu GST sebagai satu bentuk cukai tidak langsung yang lebih baik berbanding model Cukai Jualan dan Perkhidmatan semasa.
Bagaimanapun, tinjauan itu menunjukkan kurang daripada 50 peratus sudah bersedia melaksanakan sistem itu daripada perspektif tenaga kerja, sistem IT dan proses berniaga.
Topic Berkaitan
#Bajet 2015
#budget 2015
#ICT
#PIKOM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan