KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat minggu keempat menyaksikan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 diluluskan di peringkat dasar, selain isu-isu seperti penggunaan kanabis dan pelaksanaan rangkaian 5G antara yang dibangkitkan Ahli Parlimen.
Sebanyak 31 Kementerian terlibat dalam sesi penggulungan selama empat hari sepanjang minggu ini, selepas RUU itu dibahas 131 Ahli Parlimen selama dua minggu sebelum ini.
RUU ini seterusnya akan dibahas di peringkat jawatankuasa mulai Isnin ini sebelum diluluskan dan dibawa ke Dewan Negara.
Minggu ini juga menyaksikan persidangan agak 'panas' apabila Ahli Parlimen blok pembangkang membangkitkan isu berkaitan siasatan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), larangan penjualan arak dan peruntukan RM100 juta sebagai 'hadiah' kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menjawab isu kanabis ditimbulkan beberapa Ahli Parlimen, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata permohonan penggunaannya bagi tujuan perubatan boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah untuk dinilai dan didaftarkan sekiranya mempunyai bukti saintifik mencukupi untuk dipasarkan.
Isu pelaksanaan rangkaian 5G pula ditimbulkan beberapa Ahli Parlimen yang menyoal kewajaran kerajaan melaksanakan rangkaian berkenaan menggunakan konsep single wholesale network system melalui syarikat Digital Nasional Berhad (DNB) berbanding konsep multi system.
Dalam hal ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa pihak DNB tidak menggunakan dana secara langsung kerajaan dan tiada sebarang jaminan kerajaan diberikan, selain syarikat terbabit turut diarahkan memberikan taklimat kepada semua Ahli Parlimen tentang pelaksanaan rangkaian itu.
Selain itu, Dewan Rakyat juga dimaklumkan mengenai cadangan penggubalan akta khusus berkaitan pensijilan halal yang sedang diteliti, kos mengerjakan ibadah haji yang dijangka meningkat dan senarai Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja Lembaga Tabung Haji yang akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum diumumkan.
Turut dimaklumkan ialah mengenai Kerangka Dasar Luar baharu yang sedang digubal Wisma Putra yang akan memasukkan beberapa pendekatan baharu termasuk diplomasi budaya, manakala kerangka undang-undang berkaitan perubahan iklim pula dijangka siap awal tahun hadapan.
Persidangan minggu ini bagaimanapun tidak begitu 'meriah' malah ada sesi penggulungan beberapa kementerian hanya dijalankan kira-kira 20 minit susulan kebanyakan Ahli Parlimen yang membangkitkan soalan ketika sesi perbahasan tidak berada di dalam Dewan ketika sesi penggulungan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 19 2021
RUU ini seterusnya akan dibahas di peringkat jawatankuasa mulai Isnin ini sebelum diluluskan dan dibawa ke Dewan Negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus dua RUU Pemegang Amanah
Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.