KUALA LUMPUR: MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCreative) menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
Dalam satu kenyataan katanya, ini akan mempercepatkan pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 di mana lebih 90 peratus pengamal industri telah kehilangan atau mengalami sumber pendapatan yang berkurangan.
"Di bawah Bajet 2022, Kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta untuk Program RIUH Keluarga Malaysia (RM20 juta) dan Platform Animasi Nasional (RM30 juta) untuk ditadbir melalui Kumpulan MyCreative (MyCreative Ventures, CENDANA dan RIUH).
"Program RIUH Keluarga Malaysia akan merancakkan industri dan dijangka mewujudkan lebih 5,000 peluang pekerjaan dan penubuhan Platform Animasi Nasional akan membawa animasi tempatan ke persada antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, MyCreative berkata, RM188 juta untuk pelbagai inisiatif termasuk Geran Kandungan Digital, Projek Multimedia dan Kandungan Digital, Inisiatif Filem dan program Latihan dan Peningkatan Kemahiran serta Skim PERKESO Keselamatan Sosial untuk artis.
"Inisiatif lain yang akan membantu pemulihan dan pertumbuhan ekonomi jingga termasuk geran sepadan untuk organisasi yang melaksanakan inisiatif seni dan budaya dengan peruntukan RM50 juta," jelasnya.
Pengerusi MyCreative Noor Azmi Mat Said berkata, inisiatif yang diumumkan dalam bajet menunjukkan sokongan berterusan dan komitmen kerajaan untuk memperjuangkan industri kreatif dan akan membantu memacu pertumbuhan selanjutnya bagi ekonomi jingga Malaysia untuk merealisasikan potensinya menyumbang RM31.9 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2025, seperti yang digariskan dalam RMK-12.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative, Junady Nawawi berkata, insentif Pendaftaran e-Perolehan ialah diskaun yuran RM150 untuk menggalakkan perniagaan dari SOHO dan Ruang Kerja Bersama dan pengecualian duti hiburan ke atas aktiviti hiburan yang akan merangkumi taman tema dan pawagam di Wilayah Persekutuan akan membolehkan pengecualian cukai pelancongan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022 yang juga akan membantu pemulihan dan pertumbuhan ekonomi jingga.
"Pihak berkuasa negeri juga digalakkan memberi pengecualian duti hiburan bagi menyokong pemulihan sektor ini," jelasnya.
Afiezy Azaman
Fri Oct 29 2021
Noor Azmi berkata inisiatif yang diumumkan dalam bajet menunjukkan sokongan berterusan dan komitmen kerajaan untuk memperjuangkan industri kreatif. - Foto Twitter/@mhe2019
PM Palestin harap gencatan senjata segera di Gaza
Perdana Menteri Palestin berharap inisiatif terbaharu diumumkan akan membuka laluan kepada gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.
Wanita maut tercampak keluar dari kereta, suami cedera
Seorang wanita meninggal selepas kereta suaminya terbabas di Kilometer 27, Jalan Pan Borneo; cuaca hujan menjadi faktor dalam kemalangan tersebut.
Mexico pilih Claudia Sheinbaum sebagai Presiden wanita pertama
Sheinbaum akan menggantikan mentornya, Presiden Andres Manuel Lopez Obrador pada 1 Oktober depan.
Israel sahkan kematian empat tebusan di Gaza
Kesemua mereka terkorban ketika operasi kententeraan Israel di Khan Younis di selatan Gaza dan mayat mereka masih ditahan Hamas.
Isteri Wan Saiful kritikal hidap kanser usus tahap empat
Keadaan isterinya kini kritikal kerana kanser telah merebak ke beberapa organ yang lain.
Orang ramai diminta waspada, jangan muat turun sebarang APK
Hal ini kerana penggodaman telefon pintar ialah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.
Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi Kelantan
Gua Musang bakal dijadikan antara daerah pusat ekonomi negeri Kelantan susulan kedudukannya yang strategik dan dapat menghubungkan negeri ini dengan Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu.
Pembaharuan cukai Malaysia bantu pacu inovasi, teknologi maju - BMI
Pembaharuan cukai menyeluruh itu bertujuan merangsang industri tempatan dan menyalurkan pelaburan ke dalam sektor utama, termasuk pembuatan maju.
IATA naikkan unjuran untung bersih syarikat penerbangan cecah AS$30.5 bilion
IATA berkata sektor Amerika Utara terus menjadi penyumbang utama terhadap keuntungan industri penerbangan, didorong oleh beberapa faktor.
Kesuma teroka kepakaran, teknologi dan kemahiran Jepun pertingkat keupayaan Perkeso
Kerjasama menerusi Perkeso dengan pelopor teknologi moden pemulihan anggota berpangkalan di Tsukuba, Cyberdyne Inc, memberi nilai tambah.
Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.
Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.
Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).