GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang berharap Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Feb depan, dapat meluluskan projek infrastruktur yang akan membawa impak positif kepada negeri dan wilayah utara.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, projek ini termasuk Projek Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi jajaran George Town-Butterworth yang telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan pada akhir tahun lepas.
"Kita mengharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menghargai sumbangan Pulau Pinang. Selain itu, banyak agensi negeri dan Persekutuan termasuk Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) ada mengemukakan projek untuk dipertimbangkan.
"Semua ini harus diihat bukan sahaja dari sudut (manfaat) kepada Pulau Pinang tapi untuk seluruh wilayah utara demi memacu pembangunan di wilayah utara melalui pelaksanaan projek sedemikian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Kadun Padang Kota, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, antara projek keutamaan yang dikemukakan NCIA adalah pembinaan lebuh raya dan lebuh raya bertingkat dari Juru ke Sungai Dua.
Katanya, kedua-dua projek ini perlu diberi keutamaan kerana keadaan kesesakan jalan raya yang amat genting ketika ini.
"Mungkin tidak semua projek yang kita telah kemukakan akan diluluskan tapi kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan akan memberi keutamaan kepada projek yang akan membawa impak positif kepada pembangunan wilayah utara dan Pulau Pinang," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023

Kerajaan Pulau Pinang berharap Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Feb depan, dapat meluluskan projek infrastruktur yang akan membawa impak positif kepada negeri dan wilayah utara, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. - Gambar BERNAMA

Pembangunan infrastruktur, perdagangan digital antara fokus
Pembangunan infrastruktur adalah kunci kepada jalinan perdagangan kedua-dua negara.

Konvensyen Nasional wujudkan keserasian gabungan - TPM
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di WTC Kuala Lumpur mampu meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Nasib Ramasamy belum diputuskan
Nasib Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy sama ada akan digugurkan atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan kerana senarai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) belum diputuskan.

Lantikan Asyraf Wajdi berdasarkan pengalaman dan kepakaran
Pelantikan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA dibuat atas pengalaman dan kepakaran beliau dalam perbankan Islam.

Majlis iftar rai Anwar di Kemboja
Lawatan rasmi sehari di Kemboja, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diraikan dalam majlis iftar di negara itu. Jelas Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul kadir, majlis itu turut akan dihadiri kira-kira lima ribu tetamu.

Skuad Harimau Malaya B-22 juarai Merlion Cup 2023
Skuad Harimau Malaya B-22 menjuarai Merlion Cup 2023 selepas menewaskan Hong Kong B-22 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam Ahad.

Pembangkang kemuka usul di Dewan Rakyat
Pembangkang akan mengemukakan usul berhubung dakwaan kegagalan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi di Dewan Rakyat. Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kegagalan yang didakwa tersebut merupakan satu tamparan hebat ke atas Malaysia.

Bengkel motosikal tawar tayar Rahmah RM5
Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, terutama golongan B40, sebuah bengkel motosikal di Kajang, Selangor baru-baru ini telah menawarkan jualan tayar motosikal pada harga Rahmah RM5.

Kanak-kanak lelaki cedera tersepit pintu lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini.

AWANI Ringkas: Kementerian teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan tubuh Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2023 - Ahmad Maslan
Kerajaan bercadang menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2023 bagi memastikan setiap cadangan pembangunan melalui peruntukan yang telah diumum menerusi Belanjawan 2023 hari ini dapat dicapai.

Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.

#SuaraMalaysia: Rakyat tunggu pengumuman subsidi dalam Belanjawan 2023
Didapati 59 peratus menyatakan mereka paling menantikan pengumuman berkaitan subsidi.

Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.

Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.

Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.

BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.

Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.

2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.

Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.