awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Miha calon BN untuk PRK DUN Lamag
[TERKINI] Pengerusi PN Negeri Sembilan letak jawatan
Buruh Myanmar mengaku tidak bersalah miliki senjata api
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa

Bernama
Bernama
01/02/2023
21:30 MYT
Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Fadillah berkata, banyak usaha telah dibuat dan akan terus dilaksanakan kerajaan menerusi Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi memenuhi segala komitmen kemampanan dan kelestarian. - Facebook Kementerian Perladangan dan Komoditi
KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi akan memberi tumpuan kepada peruntukan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam tujuan memasarkan produk negara ke peringkat antarabangsa dalam Belajawan 2023, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata ini perlu kerana negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.
"Oleh itu kita perlukan penglibatan serta melantik pakar-pakar luar negara untuk kita berunding dan memastian produk kita diterima.
"Selain bekerjasama dengan syarikat besar industri, kita juga kena lihat pekebun-pekebun kecil sebab itu dalam konteks kayu kayan ini kita perlu lihat perladangan komuniti selain produk-produk baharu seperti kanabis, jika ia boleh dijadikan salah satu komoditi," katanya dalam program Naratif Khas bersama Timbalan Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung oleh RTM malam tadi.
Sementara itu, beliau berkata banyak usaha telah pun dibuat dan akan terus dilaksanakan kerajaan misalnya memperkenalkan standard yang hampir mencapai piawaian antarabangsa bagi memenuhi segala komitmen kemampanan dan kelestarian.
"Di peringkat Malaysia, memang kita telah memberikan komitmen untuk tidak membuka ladang-ladang baharu, maknanya hutan-hutan tidak lagi akan diterokai tetapi yang akan ada adalah penghijrahan daripada kelapa kepada sawit, yang membabitkan pekebun-pekebun kecil.
"Yang mungkin mencabar ialah bagaimana pekebun kecil ini dapat memenuhi standard yang telah ditetapkan.
"Di Malaysia kita telah memperkenalkan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) di peringkat antarabangsa ada juga Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO), supaya kita akan dapat memasarkan produk kita," katanya,
Beliau berkata Malaysia akan berbincang dengan Indonesia pada minggu depan mengenai bagaimana untuk menyusun strategi supaya perkara ini mendapat perhatian daripada Kesatuan Eropah (EU).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Perladangan dan Komoditi
#Fadillah Yusof
#penyelidikan dan pembangunan
#Bajet 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan