awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet Sabah 2023: Penjawat awam negeri terima bonus RM1,000

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
25/11/2022
10:17 MYT
Bajet Sabah 2023: Penjawat awam negeri terima bonus RM1,000
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 kepada lebih 20,000 penjawat awam negeri itu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bayaran itu akan dibayar dua kali yang mana pertama pada Januari 2023 manakala bayaran kedua pada April 2023.
Tegasnya, bantuan khas ini diharap dapat meringankan beban rakyat termasuk persiapan perbelanjaan persekolahan anak-anak dan sambutan perayaan Tahun Baru Cina.
"Selain daripada itu, Bantuan Khas sebanyak RM500.00 untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan juga akan diberikan dan dibayar pada bulan April 2023.
"Dengan pemberian insentif ini saya berharap agar para penjawat awam dapat berusaha dengan cekap dan lebih gigih lagi bagi memastikan mutu perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkatkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Jumaat.
Sementara itu, sejumlah RM12.83 Juta telah diperuntukkan kepada semua kementerian dan jabatan untuk Program Pembangunan Sumber Manusia.
Tambah Hajiji, sebanyak RM7.5 Juta pula diperuntukkan bagi tujuan pembiayaan biasiswa dan kos latihan pegawai-pegawai kerajaan di dalam dan di luar negeri.
Topic Berkaitan
#bantuan khas kewangan
#Kerajaan Sabah
#Bonus penjawat awam
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan