KUALA LUMPUR: "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" laungan anak-anak kecil antara ribuan latar suara Keluarga Malaysia di Dataran Merdeka yang teruja dan bersemangat menyambut Hari Kebangsaan 2022 di sini, pagi ini.
Aura keterujaan serta semangat setiap ahli Keluarga Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum, jelas terserlah apabila tiada ruang kosong di sepanjang lebih satu kilometer laluan perarakan dari Bangunan Sultan Abdul Samad ke pusat beli-belah Sogo, kerana dipenuhi orang ramai yang mahu menyaksikan perarakan dan pertunjukan yang dipersembahkan hari ini.
Suasana hening pagi di Dataran Merdeka sudah meriah seawal 4.30 lagi apabila rata-rata pengunjung mula membanjiri kawasan ini untuk bersama-sama menyaksikan acara penuh gilang-gemilang yang bermula tepat 7.30 pagi dengan ketibaan pemimpin negara.
Majoriti pengunjung juga memilih menggunakan perkhidmatan LRT malah sehingga 7.30 pagi tadi, kedua-dua stesen LRT Bandaraya dan Masjid Jamek di sini, masih lagi sesak dengan penumpang yang tiba.
BACA KANDUNGAN EKSKLUSIF ASTRO AWANI SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2022, DI SINI
Nyata hari ini amat istimewa bagi Keluarga Malaysia, ada yang hadir dengan pakaian sedondon mengikut warna Jalur Gemilang, tidak kurang juga mereka yang mengenakan pakaian tradisional malah lebih mencuri perhatian apabila majoriti pengunjung turut membawa Jalur Gemilang masing-masing untuk dikibarkan pada hari penuh sejarah.
Cuaca yang baik, agak redup dan berangin sejak awal pagi juga turut menjadikan suasana sambutan lancar dan memberi keselesaan kepada pengunjung yang hadir.
Jalan-jalan utama menghala ke Dataran Merdeka juga mulai sesak sejak awal pagi, namun dikawal oleh anggota keselamatan yang bertugas.
Selepas dua tahun tiada sambutan Hari Kebangsaan secara besar-besaran, rata-rata mereka meluahkan rasa rindu dengan suasana kemeriahan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.
Bagi, Suhaimi Razak, 45, beliau membawa keluarga termasuk dua anaknya yang masing-masing berusia lima dan empat tahun untuk merasai kemeriahan Hari Kebangsaan, di samping mengimbau nostalgia beliau ketika kecil bersama keluarga menyambut sambutan sama 30 tahun lepas.
Bagi pelajar Tingkatan Lima, Andrew Tan bersama rakan-rakan sekelasnya mengambil kesempatan hari cuti untuk memeriahkan suasana sambutan Hari Kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 31 2022
Suasana hening pagi di Dataran Merdeka sudah meriah seawal 4.30 lagi apabila rata-rata pengunjung mula membanjiri kawasan ini untuk bersama-sama menyaksikan acara penuh gilang-gemilang. -Bernama
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru
Menurut Mohd Yusof, kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan beliau cacat kekal itu turut meragut nyawa empat rakan sepasukan dan ramai lagi yang cedera.
Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan.
76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam
Vietnam merekodkan sebanyak 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari.
[KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial
Alhamdulillah, 31 Ogos tahun ini genap 66 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman dan campur tangan kuasa asing.
'Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton'
Staf Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, 35, menceritakan aksi lompatan merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Khamis lalu.
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Indonesia yakin hubungan dengan Malaysia utuh di tengah cabaran global
Jalinan di sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan dapat terus ditingkatkan melalui komitmen bersama kedua-dua negara.