MALAYSIA
Bakal pengantin cari jalan berjimat, bukan 'tangkai jering'

Redzuan Rasat dan Nafilah Ahmad memilih untuk bersederhana
Tentu sekali ramai yang inginkan majlis perkahwinan yang indah dan sempura. Namun dengan kos sara hidup yang tinggi, tidak semua yang diinginkan akan dikecapi.
Justeri itu, pasangan muda memilih untuk menjadi lebih selektif bersesuaian dengan bajet yang ada dan bukannya bersikap 'tangkai jering' seperti anggapan sesetengah pihak..
“Perancangan awal memang sangat membantu. Bila kita sudah nampak flow, kita sudah tahu apa yang perlu dibayar dulu, kita hendak tempah apa dulu. Bajet kita macamana pula,” kata Redzuan Rasat dalam program Astro Awani, Sudut Pandang.
“Bila saya bersanding, ada satu baju sahaja. Tidak perlu baju untuk potong kek dan sebagainya. Kadang-kadang satu baju untuk sewa sudah mencecah RM800. Kalau tempah, ia akan menjadi lebih mahal,” kata beliau.
“Macam kami, keluarga saya positif. Benda-benda macam ini mereka tidak kisah kerana kami
mementingkan kehidupan selepas perkahwinan,” kata Nafilah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami