awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakar balak sita untuk elak fitnah - Pengarah Hutan

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
19/09/2017
02:51 MYT
Bakar balak sita untuk elak fitnah - Pengarah Hutan
Jabatan Hutan Sarawak mengulas tindakan pasukan penguatkuasa jabatan itu membakar lebih 300 kayu balak rampasan di Belawai pada minggu lalu. - Foto Astro AWANI
"Kami bakar balak kerana mahu elak fitnah! Sebelum ini kami difitnah bersubahat dengan pihak tertentu apabila kayu-kayu rampasan ini dilelong," kata Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Sapuan Ahmad.
Beliau diminta mengulas tindakan pasukan penguatkuasa jabatan itu membakar lebih 300 kayu balak rampasan di Belawai pada minggu lalu.
Katanya, pada masa yang sama, lokasi balak haram itu agak terpencil, dan usaha mengeluarkannya tidak berbaloi.
"Ia juga sebagai amaran kepada pembalak-pembalak haram yang degil dan keras kepala.
"Bagi balak-balak rampasan lain, yang laluan ke lokasi sitaan dapat dilalui lori, akan diserahkan kepada syarikat milik kerajaan, Harwood Timber Sdn Bhd.
"Kepada pembalak-pembalak haram ini, ini amaran kami. Kami akan bertindak tegas. Cukup cukuplah! Jangan buat kawasan balak ini umpana awak dan keturunan awak yang punya!," tegas Sapuan.
Katanya, untuk menjamin penguatkuasaan dan pemantauan hutan Sarawak secara lebih berkesan, pihaknya kini akan menggunakan teknologi dron berkuasa tinggi.
"Dron berharga RM24 juta ini telah pun ditempah, dan ia memiliki kapasiti terbang sehingga sembilan jam," tambahnya lagi.
Ini merupakan kali pertama insiden seumpana ini berlaku. Sebelum ini, pihak jabatan hanya mengambil tindakan rampas dan lelong.
Topic Berkaitan
#bakar balak
#Belawai
#Jabatan Hutan Sarawak
#kayu balak
#Sapuan Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan