Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan kenyataan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang telah menyeru umat Islam membakar salinan Bible versi Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.
Menurut beliau, membakar kitab suci adalah dibenarkan di dalam Islam selagi ia dilakukan tanpa niat buruk, seperti yang dilakukan terhadap Al-Quran yang telah lama.
"Kita selalu membakar Al-Quran apabila kitab itu sudah terlalu lama, dan sudah tentunya kita tidak boleh membuang sebuah kita suci sesuka hati dan cara terbaik ialah dengan membakarnya.
"Oleh itu, membakar Al-Quran dengan niat baik tidak mengapa... hanya apabila anda tunjukkan rasa tidak hormat pada Al-Quran, ia adalah salah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Women Extraordinaire Forum (WEF) 2014 Di Bukit Kiara pada Rabu.
Tegas Dr Mahathir, apa yang dilarang ialah membuang kitab tersebut sesuka hati, memijaknya atau perkara-perkara sedemikian.
"Mereka (PERKASA) harus menunjukkan rasa hormat terhadap Bible, dan dengan membakarnya sebagaimana mereka membakar Al-Quran," katanya.
Tambah beliau, dalam konteks ini Ibrahim hanya menasihati perkara yang dibolehkan dalam Islam, dan ia bukannya hasutan.
Semalam, Jabatan Peguam Negara memaklumkan tidak akan mendakwa Ibrahim Ali mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya menyeru umat Islam merampas dan membakar salinan bible Al-Kitab yang mengandungi perkataan "Allah".
Ini kerana kenyataan beliau tidak dalam lingkungan definisi kecenderungan menghasut mengikut Akta Hasutan 1948, kata Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Jabatan itu merujuk kepada kenyataan Ibrahim pada sidang media selepas tamatnya Konvensyen Perkasa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang pada Januari 2013.
Ibrahim membuat kenyataan itu bagi mengulas kejadian pengedaran Bible kepada golongan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelutong, Pulau Pinang pada 17 Jan 2013, di mana tiga lelaki Cina dikatakan mengedar sejumlah Bible kepada pelajar sekolah itu termasuk pelajar Islam di hadapan sekolah berkenaan.
Haider Yutim
Wed Oct 29 2014
Tun Dr Mahathir pada sidang media selepas menghadiri Women Extraordinaire Forum (WEF) 2014 Di Bukit Kiara. -Foto Astro AWANI
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.