awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perdagangan Malaysia lepasi paras RM3 trilion walaupun berdepan ketidaktentuan global - MATRADE
Titah Agong wajar dijadikan 'peringatan' - Rais Yatim
Kerajaan Terengganu larang aktiviti persembahan jalanan pada 10 malam terakhir Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakar pusat tahfiz: Mahkamah tetapkan 20 Julai untuk serahan hujah bertulis

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2020
11:57 MYT
Bakar pusat tahfiz: Mahkamah tetapkan 20 Julai untuk serahan hujah bertulis
Mahkamah menetapkan 20 Julai depan sebagai tarikh serahan hujah bertulis. - Gambar fail/BERNAMA
Mahkamah Tinggi menetapkan 20 Julai depan sebagai tarikh serahan hujahan bertulis bagi kes seorang remaja berusia 19 tahun yang didakwa membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar keterangan lima saksi termasuk tertuduh dan pegawai penyiasat pada akhir kes pembelaan pada Khamis.
Tertuduh diwakili peguam Mohd Haijan Omar sementara pendakwaan dilkendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim.
Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama rakannya didakwa atas 23 pertuduhan membunuh 23 penghuni pusat tahfiz itu di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini antara jam 4.15 pagi dan 6.45 pagi, 14 September 2017.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
BACA: Kes bakar tahfiz: Remaja dilepas tanpa dibebas atas pertuduhan dadah
Namun, pada 28 Januari lalu, rakan tertuduh yang sebelum ini turut didakwa atas pertuduhan sama, dilepas dan dibebaskan mahkamah.
Bagaimanapun, tertuduh di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati mengikut Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Tertuduh ketika kejadian berusia 16 tahun.
Topic Berkaitan
#dibebaskan
#dilepaskan
#Mahkamah Tinggi
#mati mandatori
#membunuh
#Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan