awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 asas pembentukan belia berkualiti - Mohammed Taufiq
Mayat lelaki separa reput ditemukan di Bera
Pearly-Thinaah mara ke pusingan kedua Masters Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Terengganu larang aktiviti persembahan jalanan pada 10 malam terakhir Ramadan

Bernama
Bernama
20/01/2026
13:40 MYT
Kerajaan Terengganu larang aktiviti persembahan jalanan pada 10 malam terakhir Ramadan
Wan Sukairi bagaimanapun berkata bagi tempoh selain 10 malam terakhir, aktiviti terbabit dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing. - Gambar fail/FB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu melarang sepenuhnya aktiviti hiburan jalanan atau "busking" di seluruh negeri pada 10 malam terakhir Ramadan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selepas mengambil kira pandangan dan maklum balas semua pihak berkepentingan semasa sesi libat urus pada 12 Jan lepas.
Beliau bagaimanapun berkata bagi tempoh selain 10 malam terakhir, aktiviti terbabit dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing.
"MMKN telah menetapkan ketetapan berhubung pelaksanaan dan kawal selia aktiviti busking sepanjang Ramadan melibatkan PBT di seluruh Terengganu.
"Kerajaan negeri bersetuju melarang sepenuhnya aktiviti busking pada 10 malam terakhir iaitu 21 hingga 30 Ramadan 1447H) di seluruh kawasan pentadbiran PBT setiap daerah. Bagi malam selain 10 malam terakhir, aktiviti busking dibenarkan dengan syarat-syarat yang ditetapkan PBT masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini.-- LAGI
SUKAIRI-BUSKING 2 (AKHIR) KUALA TERENGGANU
Wan Sukairi berkata antara syarat utama yang perlu dipatuhi penyanyi jalanan ialah masa persembahan hendaklah bermula 9.30 hingga 12 tengah malam.
Selain itu, lokasi persembahan mestilah berada melebihi 500 meter dari jarak surau atau masjid manakala lagu yang dinyanyikan hendaklah berunsur ketuhanan, nasyid atau lagu raya.
Menurut beliau, ketetapan itu bertujuan menghormati kemuliaan Ramadan dan memastikan keselesaan serta keharmonian masyarakat.
"Saya juga nak tegaskan kepada PBT supaya tidak mengenakan fi atau caj yang tinggi kepada busker yang mematuhi syarat ditetapkan.
"Kerajaan negeri menyeru semua pihak mematuhi peraturan ditetapkan demi menjaga kesucian Ramadan dan suasana harmoni di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Negeri Terengganu
#larang aktiviti hiburan
#10 malam terakhir Ramadan
#persembahan jalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan