awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Balik kampung sambut Aidiladha: 4,839 kenderaan diarah patah balik, tertinggi pernah dicatatkan - TPM

Fareez Azman
Fareez Azman
18/07/2021
11:40 MYT
Balik kampung sambut Aidiladha: 4,839 kenderaan diarah patah balik, tertinggi pernah dicatatkan - TPM
Ismail Sabri berkata ia adalah angka tertinggi pernah dicatatkan sejak Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,839 kenderaan yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran termasuk untuk pulang ke kampung menyambut Aidiladha diarah berpatah balik pada Jumaat lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia adalah angka tertinggi pernah dicatatkan sejak Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan.
"Anggota dan petugas keselamatan negara diarah bersiap-sedia untuk menghadapi pertambahan kenderaan yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran termasuk untuk pulang ke kampung menjelang sambutan Aidiladha dua hari lagi.
"Semalam (Sabtu), PDRM melaporkan sebanyak 381,952 kenderaan telah diperiksa di sekatan jalan raya (SJR) seluruh negara.
"Untuk rekod, jumlah bilangan kenderaan diarahkan berpatah balik paling tinggi dicatatkan pada 16 Julai (Jumaat), iaitu sebanyak 4,839 sejak PPN dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, kerajaan menasihakan orang ramai supaya tidak curi-curi pulang ke kampung dan kekal duduk di rumah supaya tidak dijangkiti dan menjangkiti orang lain.
Tegasnya, peningkatan kes serta kluster disebabkan pergerakan rentas negeri dan ziarah pada Aidilfitri lalu perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak.
Katanya, rakyat seharusnya tidak mengambil ringan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#TPM
#Aidiladha
#rentas negeri
#balik kampung
#patah balik
#SJR
#polis
#sambut hari raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan