awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Balik kawasan rai Deepavali, sidang Dewan Rakyat ditangguh 2 petang Rabu ini

Astro Awani
Astro Awani
01/11/2021
04:26 MYT
Balik kawasan rai Deepavali, sidang Dewan Rakyat ditangguh 2 petang Rabu ini
Sidang Dewan Rakyat pada Rabu akan berlangsung sehingga pukul 2 petang sahaja bagi memberi laluan kepada Ahli-ahli Parlimen pulang ke kawasan masing-masing untuk meraikan Deepavali. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk menangguhkan Dewan Rakyat pada Rabu ini sehingga pukul 2 petang.
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, penangguhan itu dibuat berikutan sambutan Deepavali yang akan diraikan pada Khamis ini.
"Sempena Hari Deepavali yang akan disambut pada Khamis, 4 November 2021, dicadangkan mesyuarat pada Rabu, 3 November 2021 bersidang berterusan dari pukul 10 pagi hingga 2 petang bagi membolehkan Ahli-ahli Yang Berhormat pulang awal ke kawasan masing-masing menyambut perayaan ini.
"Sehubungan itu, saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk mencadangkan usul Peraturan Mesyuarat 12(1) mengenai perkara ini," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Usul tersebut dikemukakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mendapat sokongan majoriti ahli menerusi undian suara.
Topic Berkaitan
#Mas Ermieyati Samsudin
#Dewan Rakyat
#Deepavali
#Tangguh Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan