Landskap, bentuk muka bumi dan keunikan yang ada di Balik Pulau menjadikannya sebagai salah satu khazanah tersembunyi negara.
Menerusi program 'Let's Rock Balik Pulau' sempena Festival Balik Pulau 2019, pengunjung berpeluang meneroka keindahan dan keunikan yang ditawarkan oleh alam semula jadi yang terdapat di Balik Pulau dengan berbasikal, menaiki bot dan merentasi hutan.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik hari ini berkata program itu adalah antara usaha untuk memperkenalkan keunikan Balik Pulau kepada dunia sebagai destinasi pelancongan.
"Berbasikal dan mendaki adalah cara terbaik untuk menerokai Balik Pulau. Anda akan dapat melihat keindahan Balik Pulau. Kehijauan, lanskap, udara segar adalah khazanah di sini selain penduduknya yang mesra," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu, di sini hari ini.
Program 'Let's Rock Balik Pulau' yang bermula pada pukul 10 pagi merangkumi acara berbasikal sepanjang 11 kilometer di sekitar Balik Pulau, mengembara ke kawasan hutan paya bakau dengan menaiki bot dan aktiviti merentas hutan di Taman Negara Teluk Bahang.
Muhammad Bakhtiar berkata menerusi aktiviti mengembara ke hutan paya bakau dan rentas hutan, pengunjung memperolehi pengetahuan baharu yang dikongsikan oleh pemandu pelancong mengenai ekosistem yang hidup di kawasan tersebut.
Selain itu, katanya sebagai Ahli Parlimen kawasan itu, beliau komited untuk memelihara dan memulihara hutan paya bakau serta memerangi penggunaan dan pembuangan sisa plastik yang telah mencemarkan alam sekitar.
Difahamkan Balik Pulau merupakan destinasi utama pemuliharaan dan pemeliharaan pokok paya bakau yang menjadi destinasi berlindung kepada lebih kurang 200 spesis burung, yang mampu mencecah sehingga 300 ke 400 spesis ketika musim migrasi.
Festival Balik Pulau 2019 yang julung kali diadakan berlangsung selama tiga hari bermula semalam, menawarkan pelbagai program antaranya acara larian, kayuhan basikal, persembahan orkestra tradisional dan persembahan daripada artis-artis jemputan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2019
Muhammad Bakhtiar (kiri) berbual dengan penjual roti, L. Muniandy, 57, di hadapan wajah muralnya yang sedang disiapkan di Pekan Kongsi. - Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Balik Pulau jadi 'syurga' durian dengan lebih 30 variasi
Balik Pulau sememangnya terkenal sebagai syurga durian dalam kalangan penggemar raja buah itu.
Tiada unsur jenayah, tersedut asap punca kematian tiga beranak - Polis
Kematian tiga beranak dalam kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau semalam tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.
Seorang maut, van bawa pelancong Singapura jatuh cerun di Balik Pulau
Sebuah van persiaran yang membawa sekumpulan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam dari Bukit Genting.
Video tular: Wanita cedera parah ditimpa buah kelapa
Seorang wanita cedera parah selepas sebiji buah kelapa tiba-tiba jatuh lalu menimpanya ketika dia yang sedang membonceng motosikal bersama anaknya.
Jalan di Balik Pulau dilencongkan atasi kesesakan ketika musim durian
Ia berikutan peningkatan kenderaan yang masuk ke daerah itu kerana musim durian dan cuti sekolah ketika ini.
Tanah runtuh berhampiran Pusat Falak Sheikh Tahir
Ekoran itu, bangunan Pusat Falak Sheikh Tahir di Jalan Pantai Acheh, Balik Pulau tidak selamat diduduki buat sementara waktu.
Seorang lagi suspek pecah masuk rumah Datuk Bandar MBPP ditahan
Suspek berusia 32 tahun itu ditahan awal pagi tadi di kawasan Balik Pulau.
Ingkar kuarantin: Lelaki gelang putih didenda RM2,500
Majistret, Khalijah Mohd Khalid menjatuhkan hukuman itu selepas S. Ramesh Kumar, 42, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Empat kes JE di Pulau Pinang negatif
Empat daripada tujuh kes Japanese Encephalitis (JE) yang dilaporkan di Pulau Pinang sejak Januari hingga semalam disahkan negatif, menurut Jabatan Kesihatan (JKN) Pulau Pinang.
Durian dilelong pada harga murah
Peniaga di Jitra, Kedah ambil keputusan jual durian pada harga RM6 hingga RM10 sekilogram.