Balu pengasas Al-Arqam, Hatijah Aam hari ini mengetuai 300 pengikut kumpulan itu melafazkan taubat kerana melanggar arahan mufti yang mengharamkan ajaran kumpulan itu dalam satu majlis anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sini.
Beliau melafazkan taubat itu dan menandatangani dokumen pengisytiharan taubat di hadapan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Tan Sri Abdul Shukur Hussein, Timbalan Mufti Jabatan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar dan Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin.
Turut hadir, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan.
"Wallahi, wabillahi, watallahi...bahawasanya kami bertaubat dengan taubat sebenar dan menyesal dengan perbuatan kami...taubat kami hanyalah kerana tuntutan taubat itu sendiri, bukan satu helah untuk lari daripada isu sebenar dan tindakan undang-undang yang akan kami hadapi," antara lafaz taubat Hatijah.
Dalam lafaz taubat berkenaan, Hatijah atau lebih dikenali Ummu Jah turut berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut dan tidak akan memberi peluang untuk fahaman itu dihidupkan semula.
Hatijah berkata lafaz taubat itu bermakna beliau dan pengikutnya telah insaf dengan semua perbuatan yang menyalahi hukum agama Islam dan juga yang melanggar pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berjanji tidak akan mengulanginya.
Bercakap kepada Bernama kemudian, Marzuki berkata lafaz taubat yang dibaca balu pengasas Al-Arqam itu telah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Selangor serta diedarkan kepada 300 pengikut yang lain dan pejabat tersebut bersetuju untuk Hatijah mengetuai lafaz taubat tersebut.
Abdul Majid pula berkata bertaubat dengan hati yang betul-betul ikhlas serta melakukan taubat nasuha iaitu taubat yang sebetul-betulnya sudah mencukupi dan setiap kesalahan yang pernah dilakukan tidak perlu dilafazkan secara terperinci.
Hatijah juga berkata taubat yang dilafazkan itu akan membantunya memantau sendiri pergerakan kumpulan itu bagi memastikan tiada lagi ajaran-ajaran sesat sebelum ini diamalkan semula pengikutnya malah menawarkan mana-mana pihak untuk datang ke tempat ibadat mereka untuk memastikan bahawa mereka benar-benar bertaubat.
Pada 13 Mei lepas, Hatijah ditahan bersama-sama sembilan pengikutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekembalinya dari Arab Saudi kerana cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam.
Semalam, Hatijah bersama-sama 17 pengikutnya telah mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini kerana melanggar arahan mufti yang mengharamkan ajaran kumpulan itu.
Hakim Syarie Kamarulzaman Ali melepaskan kesemua mereka dengan bon berkelakuan baik selama setahun.
Sementara itu, ketika menjawab soalan media berhubung isu Global Ikhwan Holding Sdn Bhd (GISB) yang dipercayai pernah menyeleweng dana anak yatim, Hatijah, yang juga pengerusi eksekutifnya, berkata beliau berjanji akan memulangkan semula dana berkenaan.
"Segala urusan dan proses pemulangan dana sedang dilakukan pihak GISB dan disebabkan itu kita menjenamakan semula yayasan kami agar perkara itu tidak lagi berulang...mana yang boleh dipulangkan, kami pulangkan," katanya.
Pada 19 Ogos lalu, bekas pekerja GISB membuat laporan polis berhubung salah laku dan penyelewengan Hatijah dalam pengagihan dana rumah amal anak yatim kelolaan syarikat berkenaan.
Hatijah kemudiannya ditahan reman selama empat hari ketika itu bagi membantu siasatan mengikut Akta Anti Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan berkaitan kes penyelewengan dana rumah amal anak yatim dan dibebaskan dengan jaminan polis bernilai RM5,000 dengan seorang penjamin.
Bernama
Sat Nov 09 2013
Ummu Jah lafaz taubat bersama pengikutnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Isteri bekas pengasas Arqam meninggal dunia
Allahyarhamah yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah, 62, akan disembahyangkan di Masjid Mustaqim, Bandar Darul Aman hari ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Putat, Jalan Kodiang.