MALAYSIA
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
Sarawak catat jumlah guna tenaga tertinggi dalam sektor pertanian sebanyak 358,803 orang, diikuti Sabah (281,116), Johor (210,575), Perak (194,316) dan Pahang (193,216). - Gambar hiasan/Bernama
PUTRAJAYA: Sebanyak 1.74 juta orang terlibat dalam sektor pertanian pada 2023 dengan 76.3 peratus guna tenaga sektor itu direkodkan dalam subsektor tanaman, sekali gus mencerminkan peranan kritikal sektor itu dalam menyokong sumber pendapatan rakyat.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata Sarawak mencatatkan jumlah guna tenaga tertinggi sebanyak 358,803 orang, diikuti Sabah (281,116), Johor (210,575), Perak (194,316) dan Pahang (193,216).
Beliau berkata sektor pertanian secara keseluruhan menjana pendapatan RM186.43 bilion pada 2023, dengan subsektor tanaman muncul sebagai penyumbang terbesar sebanyak RM132.06 bilion atau 70.8 peratus daripada jumlah pendapatan sektor berkenaan.
"Subsektor ternakan mencatatkan pendapatan RM33.12 bilion, diikuti perikanan tangkapan RM11.08 bilion, perhutanan dan pembalakan RM5.42 bilion serta akuakultur RM4.74 bilion," katanya pada sesi peluncuran Laporan Banci Pertanian 2024 yang disiarkan secara dalam talian hari ini.
Banci Pertanian 2024 yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bermula 7 Julai hingga 31 Okt 2024 itu memperkenalkan parameter baharu merangkumi pendapatan, perbelanjaan serta gaji dan upah bagi tahun rujukan 2023, melibatkan kerjasama strategik 1,390 agensi berkaitan pertanian di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah.
Mohd Uzir berkata dapatan banci berkenaan merekodkan 1.03 juta pegangan pertanian, dengan 97.9 peratus diusahakan oleh individu manakala selebihnya dikendalikan oleh pertubuhan.
"Peningkatan bilangan pegangan dan aktiviti pertanian dipengaruhi beberapa faktor utama, antaranya permintaan tinggi terhadap produk makanan dan perubahan iklim global.
"Penggunaan teknologi moden seperti Internet benda (IoT) serta pendekatan pertanian pintar menjadi antara faktor utama yang menarik lebih ramai anak muda menceburi sektor berkenaan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata keluasan kawasan tanaman yang dilaporkan adalah 7.5 juta hektar dengan kelapa sawit seluas 5.8 juta hektar, diikuti getah 0.7 juta hektar dan padi 0.5 juta hektar.
Dari segi nilai jualan, beliau berkata subsektor tanaman merekodkan RM116.7 bilion, manakala subsektor ternakan RM26.9 bilion dan perikanan tangkapan RM10.9 bilion.
Beliau berkata pendapatan subsektor tanaman didominasi penanaman kelapa sawit yang menjana RM92.68 bilion, diikuti buah-buahan RM14.15 bilion, sayur-sayuran RM10.9 bilion, getah RM4.27 bilion, padi RM3.84 bilion dan nanas RM2.33 bilion.
Bagi subsektor ternakan, aktiviti ayam dan itik mencatatkan pendapatan tertinggi sebanyak RM20.83 bilion, diikuti pengeluaran telur ayam dan itik RM5.54 bilion serta penternakan khinzir RM2.55 bilion.
Beliau berkata dapatan banci turut merekodkan Johor mencatatkan jumlah pendapatan sektor pertanian tertinggi sebanyak RM30.15 bilion, diikuti Sarawak (RM29.18 bilion) dan Sabah (RM28.22 bilion).
"Dalam subsektor tanaman, Pahang, Sarawak dan Sabah muncul sebagai tiga penyumbang utama pendapatan masing-masing dengan RM24.05 bilion, RM23.58 bilion dan RM23.43 bilion," katanya.
Menurut beliau, jumlah perbelanjaan sektor pertanian pula direkodkan sebanyak RM67.89 bilion, dengan subsektor tanaman mencatatkan perbelanjaan tertinggi, iaitu RM41.53 bilion.
"Nisbah perbelanjaan kepada pendapatan sektor pertanian adalah 0.36, menunjukkan secara purata kira-kira satu pertiga daripada pendapatan digunakan bagi menampung kos operasi," katanya.
-- BERNAMA