Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) dan Sekretariat Khidmat Imigran (SKI) bakal menjalankan Program Bancian Warga Asing bagi mendapatkan jumlah sebenar warga asing dan pelarian di negara ini.
Pengasas SKI Amir Pasirin berkata program berkenaan yang akan dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) itu bertujuan mengumpul data dan maklumat warga asing dan pelarian, sama ada yang memasuki ke negara ini secara sah ataupun haram.
Menurut beliau, hasil bancian dapat membantu kerajaan mencari jalan penyelesaian terhadap implikasi negatif lambakan warga asing di negara ini.
"Setakat ini, terdapat hampir 700 koordinator SKI dan PPPMM di seluruh negara dan mereka bergerak bagi mengumpul data tersebut sekaligus menjayakan program bancian ini.
"Mereka (koordinator) akan berjumpa dengan kesemua warga asing dan pelarian untuk mengetahui jumlah sebenar warga asing yang bukan sahaja masuk secara sah tetapi juga pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara SKI dan PPPMM di sini pada Ahad.
Menurut Amir, program bancian yang dirangka SKI itu merupakan sebahagian daripada Program Gerak Kerja Kesedaran Isu Lambakan Warga Asing di Malaysia yang dilancarkan bersama PPPMM bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu lambakan warga asing.
"Hasil bancian akan diserahkan kepada kerajaan untuk dibentangkan di Parlimen kelak, sekaligus sebagai suatu usaha bagi menangani masalah lambakan warga asing di negara ini secara lebih teratur dan efisien," katanya.
Menurut Kementerian Sumber Manusia, dianggarkan terdapat 6.7 juta pekerja asing di negara ini, dan 2.1 juta daripadanya adalah warga asing yang mempunyai permit kerja manakala selebihnya adalah 'imigran haram'.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 25 2018
Dianggarkan terdapat 6.7 juta pekerja asing di negara ini, dan 2.1 juta daripadanya adalah warga asing yang mempunyai permit kerja manakala selebihnya adalah 'imigran haram'. - Gambar hiasan
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Bancian jumlah sebenar warga asing dalam negara akan diadakan
Program berkenaan yang akan dilaksanakan selepas PRU14 itu bertujuan mengumpul data dan maklumat warga asing dan pelarian.