OSLO: Bandar Stavanger di Norway bersedia untuk menawarkan pengangkutan awam percuma kepada penduduknya selama setahun bermula Julai.
Datuk Bandar, Kari Nessa Nordtun, berkata, bandar Stavanger telah memperuntukkan 200 juta Kroner Norway (US$18.4 juta) untuk projek itu.
Orang ramai akan dapat menggunakan perkhidmatan bas, bot dan kereta api di bandar ini secara percuma selama setahun, katanya pada Isnin, lapor Xinhua.
Inisiatif berkenaan bertujuan menangani peningkatan penggunaan kenderaan persendirian dan mempromosikan penggunaan pengangkutan awam di bandar keempat terbesar di Norway itu.
"Dengan mengurangkan pergantungan kepada kereta, bandar ini menyasarkan untuk mengurangkan kesan karbon dan kesesakan pada waktu puncak sekali gus dapat memberi manfaat kepada alam sekitar dan pemandu," kata beliau.
Oleh itu, kerajaan tempatan menetapkan sasaran untuk memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus perjalanan penumpang dilakukan dengan berjalan kaki, berbasikal atau menaiki pengangkutan awam.
Penyediaan pengangkutan awam secara percuma akan membantu memastikan matlamat itu tercapai.
Belanjawan dan butiran teknikal untuk inisiatif itu dijangka diluluskan pada mesyuarat majlis perbandaran pada 19 Jun. - BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Bandar Stavanger di Norway bersedia untuk menawarkan pengangkutan awam percuma kepada penduduknya selama setahun bermula Julai. - Gambar REUTERS
Ops Hormat Undang-Undang Jalan Raya: 9,427 saman dikeluarkan sejak Selasa
Dalam operasi sama, sebanyak 25 individu ditahan manakala dua kenderaan disita.
'Hilang' seketika, penampilan baharu Ira Kazar nampak lebih berseri
Menerusi video pendek yang dikongsi, jelas merakamkan wajah Ira yang kelihatan berseri selain bentuk badannya juga sedikit berisi.
PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan umum calon minggu depan
Kerajaan Perpaduan akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang pada minggu depan.
Skim pelaburan di laman sosial taktik menipu - Pengarah JSJK Bukit Aman
Kebanyakan skim pelaburan di laman sosial seperti Facebook dan Telegram, adalah berbentuk penipuan serta tidak boleh dipercayai.
[INFOGRAFIK] PRK Sungai Bakap
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan PRK Sungai Bakap. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
DuckDuckGo AI Chat diperkenal, akses pelbagai chatbot secara awanama
AI Chat baharu ini menyokong pelbagai model seperti GPT 3.5 Turbo, Claude 3 Haiku, Llama 3, Mixtral 8x7B dan banyak lagi yang bakal diintegrasikan.
[TERKINI] Kerajaan Perpaduan umum calon minggu depan
Kerajaan Perpaduan akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang pada minggu depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan membuat pengumuman itu selepas berbincang dengan anggota komponen Kerajaan Perpaduan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan membuat pengumuman itu selepas berbincang dengan anggota komponen Kerajaan Perpaduan.
Keluarga tidak pernah lantik Mahmud sebagai peguam secara rasmi
Datuk kepada kanak-kanak tersebut, Zahari Mohd Reba berkata, berlaku salah faham antara peguam, dan mungkin media susulan penahanan anaknya, Zaim Ikhwan baru-baru ini.
Kecoh di mahkamah, jeritan ‘Justice for Isma, Zaim’ bergema di luar mahkamah
Beberapa individu, dipercayai keluarga kedua-dua pasangan itu menjerit, mengeluarkan beberapa perkataan sebaik sahaja pasangan itu tiba di hadapan mahkamah.
Hujan, ribut petir hingga Ahad di kebanyakan tempat
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan di seluruh negara berterusan hingga Ahad ini.
Bandar di Norway tawar pengangkutan awam percuma, atasi kesesakan lalu lintas
Orang ramai akan dapat menggunakan perkhidmatan bas, bot dan kereta api secara percuma selama setahun.