awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangkai ikan lumba-lumba terdampar di Pantai Teluk Bahang

Bernama
Bernama
12/04/2025
04:10 MYT
Bangkai ikan lumba-lumba terdampar di Pantai Teluk Bahang
Bangkai mamalia tersebut telah ditanam berhampiran lokasi penemuan untuk tujuan pelupusan. - Foto Facebook/Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Bangkai seekor ikan lumba-lumba spesies Irrawaddy dolphin ditemukan terdampar di Pantai Teluk Bahang, berhampiran sebuah kuil Hindu, semalam.
Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mamalia marin itu.
"Pasukan Cawangan Konservasi dan Perlindungan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang segera ke lokasi kejadian dan hasil pemerhatian mendapati bangkai tersebut merupakan ikan lumba-lumba spesies Irrawaddy dolphin dengan ukuran panjang 1.98 meter," menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook hari ini.
Menurut jabatan itu lagi, data berkaitan kejadian telah direkodkan sebagai sebahagian daripada pemantauan kes kedamparan di negeri ini, dan bangkai mamalia tersebut telah ditanam berhampiran lokasi penemuan untuk tujuan pelupusan.
Jabatan Perikanan turut mengalu-alukan kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat sekiranya terdapat sebarang kejadian kematian mamalia marin di perairan Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ikan lumba-lumba
#bangkai
#terdampar
#Pantai Teluk Bahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan