LABUAN: Bangkai seekor penyu hijau (Chelonia Mydas) tanpa sirip dan kepala ditemukan di pantai Nagalang berdekatan dengan Restoran Thai Beach, di sini pada Sabtu.
Bangkai spesies haiwan laut terancam itu ditemukan oleh staf restoran tersebut dan disyaki telah mati beberapa hari lepas.
Wartawan Bernama Jailani Hasan yang dimaklumkan mengenai penemuan itu kemudian telah menghubungi pihak Jabatan Perikanan.
Jurucakap Jabatan Perikanan berkata penyu sepanjang satu meter itu kemungkinan telah dihanyutkan ke pantai.
"Kami akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung penemuan bangkai penyu ini termasuk melakukan siasatan terperinci punca kematiannya," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya beberapa pantai dan pulau di sini terkenal sebagai tempat pendaratan penyu hijau, membuatkan penemuan itu membimbangkan pihak perkuasan tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024
Bangkai penyu tanpa sirip dan kepala ditemukan di pantai Nagalang berdekatan sebuah restoran, di Labuan, pada Sabtu. - Foto BERNAMA
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut di akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
Pekerja Aquaria KLCC terima kejutan yang tidak dijangka!
Pekerja Aquaria KLCC menerima kejutan yang tidak dijangka pada Selasa lepas.