awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Putin berharap konflik Israel-Iran kini 'tinggal sejarah'
MALAYSIA
Titah Yang di-Pertuan Agong sempena Maal Hijrah 1447 H
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Penyasaran subsidi elak ketirisan, pastikan rakyat layak, nikmati manfaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Bangladesh berhasrat jadi rakan kongsi dialog sektoral ASEAN, sokong Malaysia sebagai Pengerusi

Bernama
Bernama
26/06/2025
22:00 MYT
Sponsor Banner
Bangladesh berhasrat jadi rakan kongsi dialog sektoral ASEAN, sokong Malaysia sebagai Pengerusi
Md Shameem (gambar) berkata, beliau percaya terdapat banyak ruang untuk menjalin perkongsian dengan negara-negara di rantau ASEAN. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bangladesh menyatakan minat mendalam untuk menjadi rakan dialog sektoral ASEAN, melihatnya sebagai batu loncatan strategik ke arah keahlian penuh, kata Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Md Shameem Ahsan.
"Bangladesh bukan anggota ASEAN, itu adalah fakta, tetapi kami berhasrat menjadi rakan dialog sektoral dan itu akan menjadi permulaan yang baik.
"Mungkin satu hari nanti kami akan dapat menyertai dan itu akan memberi manfaat kepada Bangladesh serta negara-negara lain," katanya kepada media selepas merasmikan Festival Bangladesh, di sini, semalam.
Md Shameem berkata, beliau percaya terdapat banyak ruang untuk menjalin perkongsian dengan negara-negara di rantau ASEAN.
"Kami adalah negara jiran, kami juga anggota Forum Serantau ASEAN (ARF), dan kami kekal terlibat secara dua hala dan serantau," tambahnya.
Pada masa sama, Md Shameem turut memuji Malaysia selaku Pengerusi ASEAN kerana memainkan peranan berkesan dalam meyakinkan Myanmar untuk menghantar pulang rakyatnya ke negara asal dan menyifatkannya sebagai satu tanggungjawab besar.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana memegang jawatan pengerusi ASEAN. Ini adalah tanggungjawab yang sangat besar dan saya percaya kedudukan ini memberi fleksibiliti lebih besar kepada Malaysia untuk menegaskan keutamaan dasar luarnya.
"Bagi Bangladesh, sudah tentu kami mempunyai banyak isu berkepentingan bersama untuk diteruskan, termasuk isu pelarian Rohingya. Kami menempatkan 1.2 juta pelarian Rohingya dan Malaysia juga menempatkan hampir 200,000 pelarian Rohingya.
"Kedua-dua negara merupakan pihak berkepentingan utama dalam isu Rohingya dan saya percaya Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN, berada dalam kedudukan lebih baik untuk memainkan peranan lebih berkesan dalam meyakinkan Myanmar supaya membawa pulang rakyat mereka ke negara asal," katanya.
Mengulas mengenai visa berbilang kemasukan yang dibincangkan dalam mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama (JWG), Md Shameem berkata, isu itu merupakan antara fokus utama tetapi Bangladesh masih belum disenaraikan sebagai penerima kemudahan itu walaupun permintaan sangat tinggi.
"Kami telah mengadakan pusingan ketiga mesyuarat JWG di Dhaka yang turut disertai delegasi dari Malaysia dan saya berpeluang menjadi sebahagian daripada delegasi itu.
"Banyak isu penting berkepentingan bersama telah dibangkitkan, khususnya berkaitan kebajikan komuniti dan perbincangan berlangsung dalam suasana yang amat mesra.
"Saya berbesar hati memaklumkan bahawa pihak Malaysia memaklumkan isu itu sedang dipertimbangkan dan terdapat kemajuan ketara dalam hal ini. Saya percaya dalam masa terdekat komuniti kami akan menerima visa berbilang kemasukan dan itu akan menjadi satu isyarat baik daripada negara tuan rumah kami yang hebat, Malaysia. Kami kekal terlibat," katanya.
Pada 23 Mei, Malaysia dan Bangladesh mengesahkan komitmen untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam urusan tenaga kerja melalui Sesi Menandatangani Rekod Mesyuarat JWG selama dua hari yang diadakan di Dhaka.
Antara hasil utama ialah kelulusan kemasukan khas 7,964 pekerja Bangladesh ke Malaysia secara terkawal dan berperingkat bagi memenuhi permintaan pasaran buruh.
Kedua-dua negara turut bersetuju untuk menyemak semula Memorandum Persefahaman (MoU) sedia ada bagi memperluas skop kerjasama, khususnya dengan memberi penekanan kepada perlindungan hak pekerja, status sah mereka dan keselamatan pekerjaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Bangladesh
#Md Shameem Ahsan
#rakan dialog
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami