awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar bidas pengkritik peranan Malaysia selesaikan konflik Thailand-Kemboja
Kemelut Pas-Bersatu dan pengunduran Muhyiddin, ke mana hala tuju PN?
Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang berkurang petang ini, Melaka kekal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangladesh sasar pelaburan Malaysia untuk pembangunan mampan

Seth Akmal
Seth Akmal
12/08/2025
08:50 MYT
Bangladesh sasar pelaburan Malaysia untuk pembangunan mampan
Menurut Yunus, pelaburan Malaysia di Bangladesh bukan sahaja boleh memanfaatkan pasaran tempatan, malah memberi akses untuk memasarkan produk ke seluruh dunia. - Foto Reuters.
PUTRAJAYA: Ketua Penasihat Bangladesh, Prof Muhammad Yunus, menyatakan hasrat untuk memperkukuh hubungan pelaburan dan kewangan antara Malaysia dan Bangladesh bagi membangunkan ekonomi yang mampan dan berdaya saing.

Ringkasan AI
  • Bangladesh menawarkan peluang pelaburan besar kepada Malaysia, termasuk dalam bidang tenaga kerja dan teknologi, yang boleh dimanfaatkan untuk pasaran global dan pembangunan ekonomi mampan.
  • Prof Muhammad Yunus menekankan kepentingan kerjasama kewangan dan pelaburan dua hala, yang mampu memperkukuh hubungan ekonomi dan membuka ruang pertumbuhan tinggi antara kedua-dua negara.
  • Lawatan rasmi tiga hari beliau ke Malaysia dijangka memperkukuh hubungan diplomatik dan perdagangan, serta membina asas kukuh untuk pelaburan strategik di pelbagai sektor.

Beliau berkata, Bangladesh menawarkan peluang besar kepada pelabur Malaysia, termasuk sumber tenaga kerja dan teknologi yang boleh dimanfaatkan untuk pasaran global.
“Kami mencari peluang pelaburan dari Malaysia dan itulah yang kami bincangkan hari ini, Bangladesh mempunyai peluang besar, sumber manusia sendiri serta teknologi yang boleh ditawarkan,” katanya.
Yunus berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Perdana Putra, di sini, hari ini.
Menurut beliau, pelaburan Malaysia di Bangladesh bukan sahaja boleh memanfaatkan pasaran tempatan, malah memberi akses untuk memasarkan produk ke seluruh dunia.
“Kami berharap dapat menjalin hubungan lebih rapat dalam isu kewangan dan pelaburan, sekali gus membuka peluang yang lebih luas untuk membina ekonomi yang mampan dan berdaya pertumbuhan tinggi,” katanya.
Jelasnya, perbincangan hari ini melibatkan senarai idea dan isu yang ingin dibangunkan bersama Malaysia, sama ada secara dua hala atau pelbagai hala.
“Kami gembira kerana dapat membincangkan semua perkara dan ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan kepada Bangladesh,” ujarnya.
Terdahulu, Yunus diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan bersama Anwar sebelum mesyuarat antara kedua-dua pihak dijalankan.
Lawatan beliau ke Malaysia selama tiga hari dijangka memperkukuh hubungan diplomatik dan perdagangan, selain membuka laluan baharu untuk pelaburan strategik di kedua-dua negara.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Anwar Ibrahim
#pelaburan
#Malaysia
#Prof Muhammad Yunus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan