Kerana kedaifan, seorang ibu tunggal terpaksa menjadikan sebuah bangsal buruk beratapkan plastik, bertiangkan buluh dan berlantaikan tanah sebagai tempat buat dirinya dan 13 anggota keluarga untuk berteduh daripada panas dan hujan sejak empat tahun lalu.
Di bangsal yang bila-bila masa boleh menyembah bumi itu, Siti Fatimah Muhamad, 56, tinggal bersama-sama tujuh anak, dua menantu dan empat cucu.
Baginya, itulah syurga buat diri dan keluarganya selepas kematian suami, Mat Amin Awang Yusoff, tiga tahun lalu.
"Dahulu makcik ada rumah papan tapi roboh kerana anai-anai dan kerana miskin kami hanya mampu membina bangsal ini yang bersebelahan dengan rumah lama.
"Kami anak beranak hanya ada pendapatan kecil selain ditampung bantuan bulanan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) sebanyak RM250," katanya kepada pemberita sewaktu dikunjungi Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian Datuk Muhammad Abdul Ghani di Kampung Demit di sini Selasa.
Siti Fatimah berkata anak-anak dan dua menantunya hanya bekerja kampung dan mereka tidak mampu mendapatkan rumah lebih selesa daripada itu.
Beliau juga kini dalam dilema apabila tanah tapak bangsal yang didudukinya menjadi pertikaian keluarganya yang lain.
Menurutnya, tanah itu merupakan peninggalan bapa angkatnya tetapi memandangkan bapa angkatnya telah meninggal dunia beberapa tahun lalu, adik-beradik angkatnya menuntut tapak bangsal berkenaan.
"Bapa (angkat) tidak sempat untuk menukar nama hak tanah tersebut menyebabkan adik-beradik (angkat) yang lain menuntut dengan menghalau kami. Ke mana kami mahu pergi," katanya dengan nada gusar.
Siti Fatimah berkata keutamaannya hanya mengharapkan diberi tempat tinggal yang selesa memandangkan tempat berteduh kini terlalu daif dan mengancam keselamatan.
Sementara itu, Muhammad berkata pihaknya akan berusaha membantu keluarga berkenaan termasuk mendapatkan sebuah rumah.
"Kita akan cuba bantu keluarga ini dengan menyediakan rumah kerana kehidupan mereka ini terlalu daif. Mereka tiada tanah tetapi tak semestinya kita tidak boleh sediakan rumah untuk mereka," katanya.
Bernama
Tue Jul 08 2014
Siti Fatimah Muhamad (gambar) tinggal bersama-sama tujuh anak, dua menantu dan empat cucu. -fotoBERNAMA
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Bangsal buruk jadi tempat berteduh 14 sekeluarga
Keluarga itu kini dalam dilema apabila tanah tapak bangsal yang diduduki mereka menjadi pertikaian keluarganya yang lain.