KUALA TERENGGANU: Pembelian dua bangunan baharu setinggi 10 tingkat di Kaherah, Mesir untuk dijadikan asrama memberi keselesaan sekali gus menyelesaikan masalah penempatan yang membelenggu pelajar Terengganu di Mesir.
Majlis perasmian bangunan dinamakan Wisma Darul Iman Terengganu bernilai RM6.7 juta itu disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 8 Mei lalu.
Ahmad Samsuri ketika ucapan pada majlis perasmian itu berkata, kerajaan negeri akan terus memperkasakan sektor pendidikan yang menjadi tunjang utama pembangunan di Terengganu.
"Selain menyediakan peluang pendidikan dalam bentuk tajaan dan pembiayaan kepada pelajar, keperluan infrastruktur yang lengkap juga merupakan satu perkara penting bagi setiap pelajar.
"Justeru, kerajaan negeri komited untuk memastikan pelajar Terengganu dapat menimba ilmu dalam suasana yang lebih selesa," katanya.
Hadir sama, Duta Besar Malaysia ke Mesir, Zamani Ismail; Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Satiful Bahri Mamat; Exco Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah Yayasan Terengganu, Datuk Mohamed Azmi Mohamed Daham.
Dalam pada itu, katanya, pemilikan dua bangunan itu dapat menampung kira-kira 500 pelajar Terengganu yang menuntut di Mesir.
Katanya, satu daripada bangunan yang berketinggian 10 tingkat (64 bilik) kini sedia untuk beroperasi dan mampu memuatkan seramai 256 pelajar pada satu-satu masa.
Kerajaan negeri sebelum ini mempunyai dua bangunan di kawasan kejiranan Asher dan Mansoura namun memutuskan untuk menjual bangunan di Mansoura atas beberapa faktor dan membeli bangunan di kawasan kejiranan Sabik bagi menyediakan penempatan yang lebih selesa.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 11 2022
Dua bangunan baharu setinggi 10 tingkat mampu menempatkan kira-kira 500 pelajar Terengganu yang menuntut di Mesir. - Foto Sinar Harian
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bangunan 10 tingkat selesai masalah penempatan pelajar di Mesir
Majlis perasmian bangunan dinamakan Wisma Darul Iman Terengganu bernilai RM6.7 juta itu disempurnakan Menteri Besar Terengganu.