awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 132,554 mangsa di sembilan negeri

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2024
07:00 MYT
Banjir: 132,554 mangsa di sembilan negeri
Kelantan kekal sebagai negeri paling teruk dilanda banjir dengan 86,733 mangsa di 285 PPS, diikuti Terengganu dengan 36,564 mangsa di 334 PPS. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di sembilan negeri terus meningkat kepada 132,554 orang daripada 38,874 keluarga yang ditempatkan di 712 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 12 tengah hari.

Ringkasan AI
  • Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 132,554 orang daripada 38,874 keluarga yang ditempatkan di 712 pusat pemindahan sementara (PPS).
  • Kelantan kekal sebagai negeri paling teruk dilanda banjir dengan 86,733 mangsa di 285 PPS, diikuti Terengganu dengan 36,564 mangsa di 334 PPS.
  • Negeri-negeri lain seperti Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, Selangor, Johor, Melaka, dan Perak juga terjejas, dengan jumlah mangsa yang berbeza-beza dan PPS yang dibuka untuk menampung mereka.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sembilan negeri yang terjejas banjir adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, dan Johor, membabitkan 39 daerah.
132,554 mangsa di sembilan negeri
Kelantan kekal sebagai negeri paling teruk dilanda banjir dengan 285 PPS diaktifkan untuk menempatkan 86,733 orang daripada 26,806 keluarga yang terjejas di 10 daerah.
Di Terengganu, banjir di lapan daerah membabitkan 36,564 mangsa daripada 10,287 keluarga di 334 PPS.
Di Kedah, mangsa meningkat mendadak apabila 5,510 orang daripada 1,732 keluarga di tujuh daerah ditempatkan di 52 PPS.
Di Negeri Sembilan, 20 PPS di empat daerah dibuka bagi memberi perlindungan kepada 2,161 mangsa daripada 614 keluarga.
Di Perlis, 492 mangsa daripada 146 keluarga ditempatkan di empat PPS di tiga daerah.
Mangsa banjir di Selangor kekal 468 orang daripada 105 keluarga yang diberi perlindungan di dua PPS membabitkan satu daerah.
Keadaan banjir di Johor pula merekodkan 383 mangsa membabitkan 115 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS di dua daerah.
Di Melaka, lima PPS diaktifkan kepada 226 mangsa daripada 63 keluarga di tiga daerah.
Manakala, enam keluarga membabitkan 17 mangsa terjejas banjir di satu daerah dipindahkan ke sebuah PPS di Perak.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa banjir
#pusat pemindahan
#jkm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan